THE END

dunia practikalku berakhir sudah
tarikh keramat 16/12/2011
telah menamatkan dunia practikal sekaligus pengajian peringkat diplomaku

sungguh hari yang ku nanti selama ini telah tiba
pengajianku selama 2 1/2 tahun bagaikan baru bermula

masih ternampak2 lagi sesi pengenalan kami bermula
masih menari2 lagi saat kami berada di kuliah

pasti akan aku rindukan semua ini
teman2 yang saling bertukar pendapat
berkongsi rasa

pasti akan kau rindukan semua ini
perpisahan bukan suatu yang indah tapi pasti

setiap pertemua pasti ada perpisahan sama ada cepat atau lambatnya perpiasahan itu

setiap hari pasti akan kita akan jumpa orang baru tapi ada yang pergi cepat ada juga yang lambat

ada yang hanya sepintas lalu..
ada yang terjumpa berulang2 kali..

semua nya sudah tertulis di tanganNya

rindunya saat2 ini..
bercerita gelak ketawa

sepastinya pertemuan ini menjadi sejarah dalam hidupku

~ alhamdulillah~

setelah apa yang kami lalui sepanjang practikal
kami tahu ini semua ujian kematangan kami
walaupun semasa melalui ujian itu kami rasa segalanya

sakit
luka
hiba

namun diakhirnya Allah hadirkan kami penyelesaian
DIA permudahkan urusan kami

memandangkan tugasan kami akan berakhir sekitar 4 hari lagi maka kami pun sangat2 seronok sehingga mana tidak tahu apa yang perlu dilakukan dulu ^^V

apa pun yang berlaku du taska ini kami kuatkan semangat dengan motivasi yang kami tidak lama di sana ^^

* p/s : kekuatan motivasi adalah kektuatan untuk kami bertahan selama 7 minggu..


MINGGU-MINGGU AKHIR

Tempoh pengajian sha selama 2 tahun 1/2 akan berakhir tidak lama lagi
ya tidak sampai 2 minggu sha akan tamat pengajian
semua rasa bergabung menjadi satu

sedih
gembira
teruja
berdebar
takut
risau

semuanya bersatu

sedih kerana akan berpisah dengan rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dikala susah dan senang

gembira sebab boleh sambung ke penagajian yang lebih tinggi (degree)

teruja sebab boleh cuti lama-lama ^^V

berdebar dengan keputusan practikal yang akan keluar kelak

takut perjalanan yang seterusnya mungkinkah sha boleh lalui seperti sekarang?

risau kalau-kalau keputusan tidak elok dan sha x dapat sambung study.

tapi apa pun yang berlaku hidup perlu diteruskan kan?
berkisar dengan taska tempat sha practikal
alhamdullilah
tempat mencari pengalaman bukan
macam2 yang telah sha pelajari
walaupun hanya seketika sekitar 7 minggu bersama
tapi pengalaman yang ada membuatkan sha rasa sangat beruntung
walaupun diawalnya agak sukar

tapi bukankah itu pengalaman yang bermakna?
^^V
so sampai sini dulu sha mengarut
senang-senang sha taip lagi ^^

salam manis tanpa gula,salam sayang menerusi kata
semoga kita bertemu lagi di entri yang akan datang

yang baik datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri

* p/s : harap2 blog nih bertambah baik hendaknya ^^V

perlukah rasa ini

saya rindu awak
itu yang sha rasa sekarang ni

bodohkan?
sha sendiri yang minta dilepaskan
dan di tinggalkan

tapi sha juga yang rindukan dia
sakitnya rasa ni

bencinya luka ini
kenapa sha harus buka buku lama ini

buku yng penuh dengan kepahitan
kelukaan
kesakitan

kenapa harus sha kenangkan
semua ini

sedangkan hati ini sudah terlalu hancur

entah mengapa sha masih rindukan penghancur ni
untuk mengharapkan dia kembali sha tak mampu
kerana sha yang pinta semua ini berlaku

bukan juga sha menyesal dengan perpisahan
tapi hati ini terlalu degil untuk terima hakikat sebenarnya

dia hanya memandang sha sebagai adik
di awalnya cuba bertahan sebagai adik yang baik
x sangka ia sangat melukakan

kenapa la sha sanggup bertahan selama itu
beri dia terlalu banyak masa untuk melukakan hati sha

sakitnye
x pe la klu x lalui semua ni ane tau sakit or x kan
kire mcm rezeki gak la kan

hahaha~
gile la bila rasa smua ni
sha cuba sibukkan diri
cuba untuk ceriakan diri
cari semula kekuatan

biarlah sha serahkan semua nya pada masa
masa akan menentukan semuanya kan

ha.ha.ha. terasa jadi macam org lain akhir2 ini
sha ketawa sedangkn hati sedih
sha t'senyum sedangkan hati terluka

lakonan apakah ini?
ha.ha.ha

cukup sampai sini coretan gila sha
mungkin dilain masa meluah rasa lagi

salam manis tanpa gula,salam sayang tanpa bicara moga2 kita bertemu kembali di entri akan datang..
yang baik datangnya dari Allah yang buruk datangnya dri kekhalifan diri sendiri..

wassalam

* p/s >> idea gila muncul nak mandi hujan yang tengah kilat smbung menyabung...^^V

i'am back

sekian lama mendiamkan diri kini sha kembali dengan kisah baru. jika sebelum ini kisah practikal sha di prasekolah SKLK kini tempat practikal kami telah di salah sebuah di area ampang. taska itu "cantik" dari apa yang orang luar harapkan.

bukan memburukkan atau ingin menjatuhkan. tapi pandanglah ia sebagai pengajaran. wahai ibubapa yang berkerjaya benar taska telah membantu anda memdidik anak-anak tapi itu bukanpeluang anda untuk lepas tangan untuk tidak melihat dan mengetahui perkembangan anak-anak anda sungguhpun mereka telah ada guru dan mengasuh anda tetap yang pertama bagi mereka.

kekesalan ini berlaku apabila ada parents yang sering kali "lupa" untuk menjemput anak mereka di sekolah.

kekesalan bertambah apabila pengasuh penat dan marah2. hati ini hiba bila melihat anak2 kecil ini dimarah dan diherdik tanpa belas. apalah salah mereka ini bukan mereka pinta untuk dilahirkan dan di asuh oleh "mereka"

perlu ke setiap suapan bermula dengan makian dan berakhir dengan herdikan
wahai pengasuh yang berhemah sayangilah anak asuhan anda sepertimana anak anda sendiri
andai saja anda belum miliki keluarga
hargailah mereka sebgai manusia
dengan itu anda lebih disayangi dan jangan pernah anda lupa doa si kecil ini adalah antara doa tanpa tapisan di sisi DIA

hakikat yang sebenarnya,
sha dah tak sabar untuk tamatkan practikal di taska ini
entah mengapa hati ini bagai dihiris dan cukup terluka dengan setiap kekasaran dan "lakonan" mantap mereka.

* hadir coretanku bukan untuk menakutkan tapi untuk beri peringatan untuk parents yang sangat percaya pada pengasuh ketahuilah mereka juga manusia  biasa yang punya rasa mrah dan letih.

sampai sini coretan untuk post kali ini. salam manis tanpa gula salam sayang menerusi maya semoga kita bertemu lagi di post2 yang akan datang.



* p/s : abang, 7tahun adik memendam rasa akhirnya kekuatan ini hadir juga moga perpisahan ini adalah perpisahan yang terbaik untuk kita  berdua. adik sentiasa berdoa moga selepas ini tiada lagi hati yang terluka kerana kelukaan ini menyakitkan.

kami dan pemerhatian mereka

dengan lafaz bismillahirahmanirrahim...hari ini 11/10/2011 saya telah diperhatikan pengajaran hari ini oleh guru bimbingan saya iaitu PUAN RAFIDAH.

gugup itu yang saya rasai, gementar sepanjang pemerhatian itu berlangsung. alhamdulilllah seribu syukur murid-murid hari ini sangat memberi kerjasama terasa bantuan dariNya telah tiba hanya tuhan sahaja yang tahu betapa leganya hatiku kini.

segala kemudahan perjalanan pengajaranku semuanya datang dariNya. aku benar2 bersyukur moga-moga penilaian dari pesyarahku juga berakhir dengan baik dan cemerlang.

sekian dulu untuk entri kali ini. salam manis tanpa gula salam sayang menerusi maya sampai kita bertemu lagi di entri yang akan datang.
^_^V

wassalam

*p/s : bila otak dah berserabut dengan idea yang ingin dilakukan hati mula bimbang perasaan mula bercelaru.
* aku memerlukan seseorang untuk berkongsi rasa wajarkah aku membuka pintu hati ini lagi? bersediakah aku untuk dilukai lagi? bersediakah aku untuk melalui ujian ini?


dunia practikum ku minggu-3

pendidik dan pendidikan
suatu kata yang punya perbezaan

pendidik
insan yang mencurahkan ilmu dari pelbagai cara sama ada formal atau tidak

pendidikan
ilmu yang diperoleh untuk meneruskan kehidupan

tanpa pendidik tiadalah pendidikan
percaya dengan kata ini?

pendidik bukan semestinya dia seorang guru
pendidik juga bukan semestinya dia seorang yang punya tahap pendidikan yang tinggi

pendidik juga boleh jadi hanya tukang sapu
mungkin juga tukang cuci
tapi
pengalaman yang banyak itu membolehkan dia memberikan pendidikan kepada orang lain

keliru?
pendidik bukan semestinya mengusung lembaran kerja atau latih tubi
pendidik juga boleh di hargai dengan cerita yang mampu dijadikan iktibar

semua diantara kita adalah pendidik tanpa kita sedar
ibu ayah datuk nenek adik abang kakak dan semuanya adalah pendidik

pendidikan
ilmu yang hadir dari pelbagai arah

mungkin kita tidak sedar yang kita sedang mendidik
contoh
kita meminta adik kecil kita mencuci tangan sebelum makan
adakah itu bukan satu didikan?

kita selalu tak perasankan bila kita mencurahkan ilmu
itulah pendidik yang ikhlas
kita tidak menharapkan balasan
kita tak mengharapkan bayaran
hanya mengharapkan didoakan
saham kita di akhirat

tapi
barapa ramai pendidik sekarang mengharapkan "saham akhirat" semata-mata?
dan berapa ramai diantara warga pendidik kita yang hanya melepaskan batuk ditangga?

lupakah kita bijak dan pandai kita hari ini dari berkat didikan iklas dari pendidik
mengapa kita para pendidik kini lebih gemar menunjuk-nunjuk didikan dan pendidikan yang diberi?

letih melihat dengan warga pendidik yang sebegini
sering kali memperendahkan pelajarnya sendiri
bukankah kita yang memdidiknya
mengapa perlu ada perbandingan antara mereka
lupakah kita bahawa setiap manusia punya kelebihan yang tersendiri?

lupakah kita untuk menghargai ciptaanNya?
wahai warga pendidik sekalian
ikhlaskan lah hatimu dalam menberi ilmu kerana ilmu itu bukan milik kita

semuanya adalah pinjaman semata-mata

sahabatku
sederhanalah
ikhlaskan dirimu dalam memcurahakan ilmu..

* p/s : kawan-kawan ada idea untuk senam aerobik x????
" pakcik " kekalkan beginilah hubungan kita begini ya...kerana "cikgu" suka.... :)))

hari ini kisahku terpesong dari dunia praktikal ku
hari ini 17 sept 2011
hari lahir seseorang yang pernah duduk dihatiku
hingga kini

pertemuan pertama kami setelah hampir 7 tahun kami tidak bertemu
teruja...
itu yang aku rasa

sangat-sangat teruja..
berbagai2 halangan yang harus aku tempuhi untuk bertemu dengan dia

tapi baginya bagai tiada makna
hanya aku mengharapkan pertemuan ini hanya aku yg gembira dan teruja

sungguh aku terluka dengan pertemua ini
seandainya aku tahu aku akan seluka sebegini
tiadak akan aku menantinya selama itu

mungkin silap aku
mengharapkan dia sama seperti aku

cukuplah untuk setakat ini aku menantinya
hanya sampai sini aku mengasihi dia
cukup sampai sini

akanku bulatkan tekad untuk melupakan dia
dia bukan siapa2
selamat tinggal...

*p/s : kenapa allah uji aku untuk bertemu dengan 'adam' yang sebegini
tarik tali bukan suatu permainan yang seronok..

sorry i'm not in good mood today...

practikum day 1


Mengajar dan belajar
Menjadi salah seorang guru practical bukanlah suatu cabaran yang mudah. Pada hari pertama kami seawal  7 pagi kami sudah melapor diri. Gemuruh , teruja dan pelbagai rasa bergabung menjadi satu rasa yang tidak diketahui.
Bimbang dengan penerimaan pihak pentadbiran. Alhamdulliah, di peringkat pentadbiran kami diterima dengan baik sekali. Ini menambahkan keyakinan kami untuk meneruskan perjuangan kami di sini hingga ke akhirnya. 
Hari pertama, perkara pertama yang perlu kami tempuhi adalah perhimpunan rasmi sekolah yang di tetapkan pada setiap sekolah. Rasa gemuruh kembali lagi bila masa kami di perkenalkan dikhayalak umum.  Senyuman kami entah apalah rupanya bila dihadapan itu. Kami melalui rakan-rakan guru yang seolah memandang jelek kearah kami. Entah apalah salah kami pada mereka. Sedih itu yang kami rasa. Cuba untuk terima sebagai salam perkenalan dari mereka tapi entah la. Di awal ini terasa ingin berputus asa untuk teruskan pencarian. Tapi apabila terlihatkan semangat rakan seperjuangan, semangatku kembali pulih. Aku ditempatkan di kelas yang dipenghunikan kanak-kanak yang pasif dan manja. Aku kalut seketika bagaimana agaknya untukku kawal kelas ini kelak.
Sesudah kami mengetahui kami kembali semula ke sekolah rendah. Untuk pengetahuan kalian banggunan pra sekolah terletak jauh dari banggunan induk kami terpaksa melalui padabg sekolah sebelum sampai di banggunan tunggal pra sekolah. Sadis bagi kami yang bertumit tinggi dan runcing.
Namun apa pun yang berlaku hari kami berlalu dengan jayanya. Esok kami akan memasang tekad untuk menempuhi segala rintangan dan cabaran sebagai pendidik kerana kami yakin dengan didikan ikhlas kami mampu memjadikan seorang kanak-kanak kepada seorang doctor, peguam dan juga bakal pendidik juga.
Sekian sahaja untuk entri kali ini. Salam manis tanpa gula salam sayang menerusi coretan. Moga ia member hikmah kepada kalian.
*p/s : abang terima kasih diatas masa dan motivasi. Adik amat hargainya.
* kawan-kawan, jangan pernah sekalipun memandang rendah kepada profesion guru pra sekolah tanpa mereka anda akan buta huruf.

Duniaku praktikumku

Perjalanan pengajianku diteruskan lagi dengan cabaran yang lebih mencabar. Ya semester ini kami akan menjalani praktikum setelah 6 semester dalam pengajian melalui teori kini telah tiba masanya kami mempraktikkan apa yang telah kami pelajari. Benar melalui hari-hari menghampiri praktikum membuatkan tidur kami tidak lena, bermacam persoalan yang berada dibenak fikiran kami. Ah, rungsingnya adakah setiap yang melaluinya akan merasakan seperti kami?. Aku bersama 3 rakan lainnya akan menjalani practicum di SK LEMBAH KERAMAT. Mereka adalah JAMZYFARIZA,FARIHIN DAN HAJARAH. Bagaimanalah agaknya keadaakan kami kelak?. Gementar itu yang kami rasa kami akan meroka dunia yang baru dunia separa pekerjaan.

Hari ini aku berada dirumah sahabatku FARIHIN kami akan berada disini selama kami praktikum. Ayah dan bondanya terlalu baik. Hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka.  Debaran kian terasa untuk menantikan hari esok hari pertama menjejakkan kaki dunia praktikum entah bagaimanalah situasinya.  Kami bimbang dengan penerimaan pihak sekolah. Hanya kepadaNya kami memohon moga dipermudahkan segala urusan kami sepanjang kami berada disana. Oh tuhan bantulah kami melauinya dengan baik dan cemerlang.

Dunia practicum kami baru bermula. Akan kami kongsikan segalanya disini kelak moga menjadi panduan bagi rakan kenalan yang bakal practicum seperti kami. Oh sebelum itu kami practicum di bawah prasekolah bukan sekolah rendah tau J. Bagi bakal-bakal guru prasekolah moga perkongsian kami dalam dunia practical ini mampu memberikan kalian idea-idea untuk mengajar kelak nantikan slot seterusnya ya.



Sekian sahaja coretan kami. Salam manis tanpa gula, salam sayang menerusi coretan semoga kita dapat berkongsi lagi dimasa akan datang.



*p/s:  abang kesibukan abang membuatkan adik cemburu dengan masa abang. Bodohkan? Tapi itu yang adik rasa adakala adik terlupa adik sekadar adik dan abang hanya abang doakan kebahagian adik dan doakan hati adik terbuka untuk dia yang benar-benar mampu menjaga adik kelak kejalanNya.

* jiwa serabut memikirkan hari esok. Seawal 7 pagi kami akan lapor diri. Ya Allah pimpinlah kami kejalanMu izinkan kami mendidik anak-anak bangsa kami dengan hati yang penuh sabar dan tabah kerana kami sedar dunia mengajaran tidak semudah yang orang lain pandang. Tabahkan lah Ya Allah.

AkU hanya PeminatnYa


assalamualaikum semua...
korang mesti pelikkan kenape tetibe gambar mamat ni muncul kat blog aku kali nih...

jangan pelik...
korang memang tak salah blog..
cuma tajuk kali nih ada kaitan dengan mamat ni..

korang mesti kenal dia kan??
dia la EN.MUHAMMAD HAFIZ BIN HAMIDUN

bersempena dengan tajuk kali nih..
dalam ramai-ramai orang yang aku jumpa di mata aku..

aku minat kat dia...

opsss jangan fikr lain aaaa~
just minat ok..
peminat...

tapi kalu dia pun minat aku apa salahnya
opss gatal sudah aku hihihi~

isyh just angan-angan yang tak mungkin aku dapat hihihi~
orang ada cakap
tak salah kalu kita berangan pun bukan kena bayar pun
so..
aku pun paraktikkan la hihihi~

tapi aku pun selalu ingatkan diri sendiri
jangan terlalu berangan
takut nanti diri yang sakit..

tapi..
entahla ya...

aku nih minat dia kadang-kadang terasa dah sampai tahap obses
tapi x de la sampai kat ane dia ada aku nak ada

cuma just rasa macam nak jadi hak dia jerk
bunyi macam terdesak je kan hihihi~

kadang-kadang la..
ala lagipun dia bukan kenal aku pun..

so..

suka hati aku la nak berangan apa kan

yih...tersasar jauh sudah nih..
erm korang pun mesti ada seseorang yang korang minat kan??

bila kita pandang orang yang kita minat..
bila kita tau ada yang sakitkan dia

mesti kadang-kadang tu kita rasa sakit kan..
ala nama pun minat

bukum tentu lagi kita dapat kan??
belum tentu si dia tu tau yang kita ni minat kat dia

hihihi~
tapi apa pun itulah indahnya perasaan

Allah hadiahkan kita bermacam-macam rasa

rasa kasih,suka,minat,rindu,cinta,benci,dendam.meluat ,meyampah
dam pelbagai rasa lain..

cuba bayangkan jika hidup tanpa perasaan
seperti "robot" contohnya??

hanya melakukan rutin.
kawan-kawan hargailah setiap rasa yang kita ada

mungkin adakala kita rasa mustahil dengan apa yang kita rasa
tapi

kita tak tau apa yang Allah dah aturkan untuk kita kelak
berharaplah pada DIA

jangan pernah sesekali berharap pada MAHLUK
mereka sama seperti kita

biarlah rasa hadir dengan sendiri tanpa paksa
kerana
rasa itu lebih indah bilqa kta tahu untuk menghargainya

okeylah sekian dulu untuk post kali ini

" capailah cita-citamu setinggi kejora di dada langit,
rendahkanlah hatimu serendah mutiara di dasar laut "

salam manis tanpa gula salam sayang menerusi blog
(^_^)V

wassalam

*p/s : thankz abang sebab kembali dan wat adik senyum selalu..
ingt kawan-kawan bersederhanalah dalam setiap rasa yang indah ini jangan biarkan nafsu menguasai perasaan kita..^_^V






wahai "adam" iqra' lah

kami wanita biasa
mudah tergoda dan terpujuk dengan kata-kata manismu

kami wanita biasa
mudah terluka dan terhiris dengan ucapan kasarmu

kami wanita biasa
sering mengharapkan kamu mengerti kata hati kami

kami wanita biasa
ingin jua dibelai manja
dengan kata-kata kasih ikhlas darimu

kami wanita biasa
yang mudah tertarik pada suatu yang indah

kami wanita biasa
memerlukan bimbingan darimu yang punya 9 akal

kami wanita biasa
sering merindukan kamu mengimami solat-solat kami

kami wanita biasa
yang tidak mampu menolak setiap keinginan kamu
walaupun kami letih dan lelah

kami wanita biasa
bisa sahaja meninggalkan keluarga
kerana mentaati kamu

kami wanita biasa
adakala tidak mampu menahan harta kami untuk kamu belanjakan
bukankah kami tanggungan kamu??

kami wanita biasa
mohon restu darimu di setiap langkah kami supaya tiada gelaran yang kurang elok untuk kami
tapi bagaimana pula dengan kamu dikala kamu mencurangi kami dengan alasan mengikut sunah nabi??

kami wanita biasa
sering mengalah dengan kamu
untuk di elak di tuduh sebagai wanita durhaka
adilkah??

sedangkan ALLAH meningkatkan martabat wanita mengapa kamu sering merendahkan?

mungki benar silap kami
kami melayan kamu
kami pengundang fitnah dunia

tapi apalah kiranya jika kamu sama-sama membantu kami?
kenapa mesti mempertahankan ego yang tidak membawa apa-apa makna itu?

wahai "adam"
ketahuilah kami perlukan perlindungan kamu
kami perlukan bimbingan kamu
jika kamu lemah tanpa agama yang kukuh
bagaimana agaknya dengan kami?
sedangkan kamulah ketua nya
kamulah pilihanNya sebagai ketua kami

"adam"
rendahkanlah egomu
contohilah akhlak nabi kita
bukan sekadar dalam poligami
tapi segala sunnah dan akhlak beliau yang lain

janganlah kamu menindans kami lagi
jangan pandang kami mahluk lemah
DIA sentiasa bersama kami

ketahuilah "adam"
egomu itu akan merosakkan kamu jua akhirnya

sekian dulu "adam"ku
bukan kami ingin menghentam kamu
bukan juga ingin menyalahkan kamu

kami hanya ingin nahoda
yang punya rasa timbang rasa
punya rasa belasnya
yang taat pada ibu serta agamaNya
hanya itu "adam"

a lot of love from : noriesya'z

*p/s : beberapa hari ini mimpikan seorang jurutera..tiba-tiba dia berkata tentang perkahwinan denganku..aku?? menganggap bicaranya sekadar gurauan..^_^

perkongsian puisi

berminat aku pada satu puisi nukilan md.noh raus
dari hasil pembacaanku dari majalah peneroka
mungkin beliau tidak tersohor seperti A.Samad Said
tapi..
kata-kata yang terlahir dari buah fikiran beliau membuatkan aku terfikir seketika
maka aku taipkan di sini agar kalian sama-sama berfikir maksud yang tersirat dalam puisi ini


" Kalau dulu kita saling bersama
Kerja bersama
Bergerak bersama ke arah yang sama

Kalau dulu kita berbincang bersama
Ambil keputusan yang sama

Kalau dulu waktu siang kita bersama
Malam kita mimpikan yang sama

kalau dulu balik kampung kita bawa cerita yang sama
surat khabar juga membawa berita yang sama

sekarang tidak sama lagi

langkah kita
keputusan kita
mimpi kita
juga cerita kita

itukah realiti kehidupan ini wahai bangsaku
bila dah dapat kita gigit tangan yang memberi?
adakah saman menyaman permainan baru kita?
kelak kita sendiri yang akan musnah keharmonian yang terbina

bangsaku
bukankah NAMA itu yang telah merubah sejarah kita?

dulu kita siapa?
dulu apa harta yang kita ada?
kalau dulu itu miskin,itu bangsa siapa? "

sahabat-sahabatku mengertikah kalian dengan puisi ini,
luahan rasa dari seseorang yang memerhati apa yang berlaku di sekeliling beliau.
ini permainan baru di era ini sebutan saman menyaman seolah permainan dihujung bibir.
sedarkah kita bahawa kita akan merosakan bangsa kita sendiri?
jika bukan kita yang menyanjungi bangsa kita sendiri adalah bangsa lain akan menyanjunginya?

sahabat-sahabatku,
hargai dan bersyukurlah kuniaan Allah ini kepada kita
usahlah kita terlalu merasakan yang kita hamba yang hebat
kerana kehebatan itu bukan milik kita tapi milikNya

sahabatku,
mungkin kita terlalu muda untuk membuat semua penilaian ini
tapi tidak slah bukan jika kita mensyukuri nikmatNya
usahlah kita terikut-ikut dengan bisikan mausia yang tamak
sesungguhnya manusia ini sering kali lupa pada penciptaNya

sahabatku,
jaga dirimu,maruahmu solatmu
sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersyukur

a lot of love from : noriesya'z

*p/s : ramadhan sudah hampir kepenghujungnya kesayuan merajai hati adakah kita dapat bertemu lagi di ramadhan akan datang? Ya Allah berikan aku kesempatan untuk menemui bulan yang mulia ini. Amin.


kecewa dan kekecewaan

setiap orang pasti pernah rasa kecewa
begitu juga aku
rasa kecewa ini lahir disebabkan oleh saudaraku sendiri

kecewa benar rasa apabila bondaku sering menitiskan air mata kerana dia
apalah dosa bondaku sehingga dia lakukan sedemikian

wahai kakandaku
mengapakah kamu terlalu kejam

tidakkah kamu sedar betapa ayah dan bonda amat merindui kamu
kakandaku
dibulan yang penuh berkat ini
pulanglah

doa ayah dan bonda tidak pernah putus untuk kamu

kakanda,
kami sentiasa menanti kepulangan kamu

tegakah kamu melihat air mata ayah dan bonda
sentiasa bergelinang mengenangkan kamu?

sudah tidak punya rasakah di hati kamu
sudah tertutupkah pintu kemaafan di hati kamu untuk kami?

besar benarkah dosa kami sehingga kamu seolah jijik memandang kami?
kakanda
ingatlah setiap apa kamu lakukan doa kami sentiasa bersama kamu

kakanda,
jika kamu ditimpa masalah kelak
kembalilah kepada kami
pintu rumah usang ini sentiasa terbuka untuk kamu

walau bagaimanapun keadaan kamu
kami tetap menerima kamu seadaanya kerana kamu saudara kami

ikatan kita ini tidak akan pernah terputus sehingga keakhirnya

kakandaku
ketahuilah kami amat merindui kamu

~wassalam~

a lot of love from : noriesya'z

* p/s : ya allah dengarlah doa kami kembalikanlah kakanda kami sesungguhnya ENGKAU lah mengetahui apa yang terbaik buat kami

*abang,sejauh ini adik melangkah di saat ini adik memerlukan abang tapi apalah daya upaya yang ada pada adik untuk melanggar syariatNya..maafkan adik.
"...soalnya hati
sukarnya dimegerti
apa terjadi di luar kawalan diri.."

hati..
inginkah kamu terluka lagi?

aku hanya mencari "adam"
dia yang sederhana
dari pelbagai sudutnya

si cerewetkah aku?
si dia tidak perlu terlalu tampan
cukuplah sedap mata memandang
si dia tidak telalu alim
cukuplah dapat seimbangkan dunia dan akhirat
si dia tak perlu kaya-raya
cukuplah dapat menyediakan keperluan keluarga
si dia tak perlu menjadi orang lain
cukuplah sederhana dalam perlakuannya
si dia x perlu bermanis mulut
cukuplah berkata sesuatu yang bermanfaat

aku x perlukan si dia yang hebat/kacak dan kaya
dia hanya perlu sederhana dalam segalanya

kerana aku mencari keserdahaan bukan yang berlebih-lebihan

~wassalam~

a lot of love from : noriesya'z

* p/s : abang usah di tanya kenapa keputusan ini di buat kerana adik yakin jika Allah takdirkan kita bersama.kita akan bersama walau dalam apa jua keadaan kerana DIA lebih mengtahui ap yng terbaik untuk kita didunia ini. Abang, bersedehanalah dlam menerokai perasaan..


“Adam” mengertilah diriku..

Ya Allah tetapkanlah hatiku..peliharalah hatiku..jagalah imanku..kurniakanlah taufiq dan hidayahMu..permudahkan dan murahkanlah rezekiku..

Ya Allah…cintaku hanya untukMu..rinduku hanya untuk kekasihMu..sayangku untuk  keluarga dan saudara seislamku..dan kasihku hanya untuk suamiku..

Ya Allah..ku yakinkan hatiku..cinta, rindu dan sayangku sudah di punyai..namun ya Allah..aku masih mencari kasihku. Di bulan yang berkah ini. Kau temukanlah aku dengan kasihku ya Allah. Aku ingin sekali berkongsi rasa dengannya. Mungkin terlalu awal untukku menemui kasihku  tapi aku keliru dengan kehadiran “adam” di sekelilingku. Mungkin bagi mereka aku wanita yang sombong dan ego. Tapi aku Cuma wanita yang biasa yang hanya mengelak untuk tidak berkasih pada jalan yang kau murkai. Silap aku kah ya tuhan. Aku hanya menahan perasaan agar aku bukan punca fitnah kelak.  Wajarkah aku untuk melanggar perintahmu sedangkan hatiku tidak tega untuk melakukan semua itu. Ya Allah, tidak aku tega ada percintaan sebelum pernikahan terjadi pada diriku. Tapi mengapa suhar benar untukku terangkan pada “adam” ini bahawasanya ini adalah pendirianku?.

Wahai “adam” bantulah aku dan bimbinglah aku kepada jalanNya. Jangan pernah kamu memaksa aku untuk melalui perkasihan terlarang ini. Jika DIA tidak redha apalah yang ada pada kita yang lemah ini. Sedarlah “adam” aku meninggalkan kamu kerana DIA. DIA yang aku cintai. “adam”ku andai antara kita sudah di takdirkan bersama olehNya. Siapalah aku untuk menentang  kehendakNya. “adam”ku yakinlah pada janjiNya. Kerana DIA tidak pernah memungkiri. Kerana aku bimbang jika kamu pilihanku tapi bukan pilihanNya. Sesungguhnya hidupku,matiku hanya milikNya. Jika kamu penerima kasihku, akan ku serahkan seluruh kasihku kepada kamu. Di saat itu usahlah kamu ragu dengan kasihku kerana ia untukmu sahaja.

“Adam” aku berharap pendirian kamu sama sepertiku takutkan nerakaNya lebih dari syurga duniaNya. Kamu bakal ketua keluarga samada denganku ataupun tidak yang pasti kamu adalah ketua. Usahlah kamu terlalu mengejar syurga duniaNya dan jangan pula kamu terlalu mengejar syurga akhiratNya. Bersederhanalah “adam”kerana kesederhanaan kamu telah memenuhi hatiku untuk terus mengasihi kamu. “adam” walau siapapun kamu. Bagaimanapun kamu setelah DIA yang ku cinta memilih kamu untuk menjadi pebimbing aku untuk terus dijalanNya, maka aku terima seadanya kamu sepertinya kamu dan tiada apa yang kamu perlu berubah untukku dan andai kamu ingin berubah berubahlah keranaNya bukan kerana ku.

“Adam” sabarlah dengan segala ujianNya. Andai kamu yakin aku milik kamu maka berdoalah mohonlah agar DIA meredhai kasih antara kita. “Adam” jangan pernah kamu lupa tentang syariatNya. Jangan pernah kamu mempermudahkan segala perintahNya.

Andai “adam” kamu dan aku bukan pilihanNya untuk bersama, jangan pernah ada wujudkan permusuhan antara kita, jangan pernah ada putus asa dalam kamus hidup kamu. Jika kita tidak bersama doaku masih mengiringi kamu kerana kamu punya sayangku, sayangku untuk keluargaku dan saudara seagamaku dan kamu adalah salah 1 darinya.

“Adam”jagalah solat kamu. Jagalah semua ibadah kamu kelak kamu akan temui kebahagiaan milikNya. “Adam”  aku bukan gadis yang hebat dan aku juga  bukan gadis yang sempurna hanya punya hati yang kelah ku serahkan kepada penciptaku.

“Adam”, kasarku ada sebabnya. Bengisku ada puncanya. Segala yang ku lakukan ada yang ku inginkan. Kasar ku kerana aku tidak mahu kaum kamu tergoda olehku bengisku kerana aku tidak mahu kalian terbuai dengan lunak suara dan ayu senyumku yan hanya untuk suamiku. Maafkan aku kerana aku tidak pernah mampu untuk membalas perasaan kamu kerana kamu bukan suamiku. Kasihku hanya untuk dia dan untuk kamu jika kamu suamiku. Maaf aku tidak mampu membalasnya sekarang selagi antara kita belum ada ikatan yang di restui olehNya.

Apa yang aku harapkan “ adam” kamu memahami pendirianku agar kamu tidak memfitnahku dan memburukkan ku hanya itu yang aku harapkan. Sungguh miskipun aku menyanyangi kamu tapi aku belum mampu mengasihani kamu kerana kamu bukan suamiku.

Fahami dan mengertilah aku “adam”. Aku adalah aku. Aku tidak sehebat serikandi-serikandi islam yang dijanjikan syurga olehNya tapi aku menjadikan mereka idolaku agar aku boleh mengiringi mereka kesana kelak. Insya’allah.

Sekian dulu “adam” moga kali ini kamu benar-benar mengerti akan aku. Maafkan aku “adam” moga kamu lebih bahagia dengan penjelasanku kini.

-Wassalam  -



A lot of love from : noriesya’z  <3



*p/s : abang adik tak nak kalau-kalau hubungan kita ini mengundang fitnah. Dalam agama kita tiada hubungan saudara angkat berlainan jantina. Adik harap abang faham kenapa adik lakukan semua ini. Adik pergi keranaNya selamat tinggal abang. Doa adik sentiasa mengiringi perjalanan hidup abang.