practikum day 1


Mengajar dan belajar
Menjadi salah seorang guru practical bukanlah suatu cabaran yang mudah. Pada hari pertama kami seawal  7 pagi kami sudah melapor diri. Gemuruh , teruja dan pelbagai rasa bergabung menjadi satu rasa yang tidak diketahui.
Bimbang dengan penerimaan pihak pentadbiran. Alhamdulliah, di peringkat pentadbiran kami diterima dengan baik sekali. Ini menambahkan keyakinan kami untuk meneruskan perjuangan kami di sini hingga ke akhirnya. 
Hari pertama, perkara pertama yang perlu kami tempuhi adalah perhimpunan rasmi sekolah yang di tetapkan pada setiap sekolah. Rasa gemuruh kembali lagi bila masa kami di perkenalkan dikhayalak umum.  Senyuman kami entah apalah rupanya bila dihadapan itu. Kami melalui rakan-rakan guru yang seolah memandang jelek kearah kami. Entah apalah salah kami pada mereka. Sedih itu yang kami rasa. Cuba untuk terima sebagai salam perkenalan dari mereka tapi entah la. Di awal ini terasa ingin berputus asa untuk teruskan pencarian. Tapi apabila terlihatkan semangat rakan seperjuangan, semangatku kembali pulih. Aku ditempatkan di kelas yang dipenghunikan kanak-kanak yang pasif dan manja. Aku kalut seketika bagaimana agaknya untukku kawal kelas ini kelak.
Sesudah kami mengetahui kami kembali semula ke sekolah rendah. Untuk pengetahuan kalian banggunan pra sekolah terletak jauh dari banggunan induk kami terpaksa melalui padabg sekolah sebelum sampai di banggunan tunggal pra sekolah. Sadis bagi kami yang bertumit tinggi dan runcing.
Namun apa pun yang berlaku hari kami berlalu dengan jayanya. Esok kami akan memasang tekad untuk menempuhi segala rintangan dan cabaran sebagai pendidik kerana kami yakin dengan didikan ikhlas kami mampu memjadikan seorang kanak-kanak kepada seorang doctor, peguam dan juga bakal pendidik juga.
Sekian sahaja untuk entri kali ini. Salam manis tanpa gula salam sayang menerusi coretan. Moga ia member hikmah kepada kalian.
*p/s : abang terima kasih diatas masa dan motivasi. Adik amat hargainya.
* kawan-kawan, jangan pernah sekalipun memandang rendah kepada profesion guru pra sekolah tanpa mereka anda akan buta huruf.

No comments:

Post a Comment