puisi untuk cinta halalku

wahai bakal imamku,

dimanakah kamu kini?
sudahkah kamu penuhi hatimu dengan ilmuNya?
bersediakah kamu untuk memikul tanggungjawab bersama?


wahai bakal nakhodaku,

bahtera yang kita bina ini aku berharap akan berakhir di 'jannah'Nya
bukan bahtera yang dibina diatas kepuraan dan pendustaan
semoga bahtera ini tidak karam kerana fitnah-fitnah dunia


wahai bakal pendamping hidupku,

aku bukanlah gadis yang sempurna
semoga ketidaksempurnaanku ini mampu di tutup dengan kelebihanmu
dan semoga aku jua mampu menutup ketidaksempurnaanmu kelak
kerana tiada insan sempurna,
semoga kamu mampu terima seadanya aku


wahai bakal bapa kepada zuriatku,

tidakku harap masamu sepenuhnya untuk kami
namun,aku harap di saat kami memerlukan kamu
kamu ada di sisi kami untuk meminjamkan kekuatan dan ketabahan



wahai 'hafiz'ku,

aku hanya wanita biasa
wanita yang dahargakan ilmuNya
wanita yang berusaha untuk menuju 'jannah'Nya

bimbinglah aku,
pimpinlah aku,
tolong ingatkan aku di kala aku alpa

semoga kita dapat membina keluarga Sakinah kelak
semoga kita mampu untuk saling melengkapi satu sama lain
berdoalah agar kita ditemukan dalam bingkai halalNya
kerana aku tahu kamu adalah 'hafiz' yang terbaik dariNya untukku


dariku :- bakal suri mu



My career

assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua,

kesibukan yang membataskan ruang untuk memaparkan penulisan di sini. Semua orang akan merasakan kesibukkan di awal-awal tahun ini bukan, bagi yang baru mula berkerjaya sibuk dengan pengurusan kewangan dan kestabilan di tempat baru, bagi yang sudah 'senior' sibuk pula memikirkan strategi terbaik untuk memantapkan kerjaya. Tidak kira di bidang apapun kita baik penjawat awam mahupun swasta kita semua merasakan kesakitan di awal tahun. Bagi pelajar, mana yang baru mendapat tempat di pusat-pusat pendidikan tahniah diucapkan, jangan lupa mana asal kita ya adik-adik, jangan terlalu teruja dengan keadaan baru yang baru dilalui, hati-hati dalam setiap pergerakkan. Bagi pelajar 'senior' jangan lupa untuk jaga 'pointer' semester anda, jangan terlalu teruja dengan watak 'senior' ya.

Di awal tahun ini,cabaran untuk seorang pendidik tidak kurang hebatnya. Tangisan anak-anak kecil tidak mahu berpisah dengan ibubapa membuatkan saya lebih teruja untuk mendidik mereka. Semangat ibubapa untuk melihat perkembangan anak-anak mereka benar-benar membangkitkan semangat saya untuk terus bersama mereka mendidik khalifah-khalifah kecil ini. miskipun berbeza agama dan bangsa itu tidak membataskan saya untuk mencurahkan kasih sayang dan didikan serta bimbingan untuk mereka.

'FROM ZERO BECOME HERO' itu prinsip yang saya bawakan di dalam kelas saya. bermula dengan tidak mengenali dunia lain selain ibubapa mereka mulai mengenali dunia sekolah,guru dan rakan-rakan. jika mata ini mampu merakam setiap perubahan mereka dan boleh dilayar semula untuk tontonan ibubapa sudah pasti saya akan lakukan untuk kami sama-sama melihat perkembangan mereka.

seawal 3 tahun sudah dimasukkan ke sekolah pada awal penglibatan saya di alam ini, sungguh saya amat kasihankan anak-anak ini dunia mereka sibuk dengan pembelajaran. tapi bila mengenangkan dunia yang penuh persaingan kini, mahu atau tidak mereka perlu didedahkan dunia luar sejak kecil lagi,dan tanggungjawab ibubapa semakin besar untuk memantau keadaan perkembangan anak-anak kecil ini.

sebesar mana tanggungjawab seorang guru, besar lagi tanggungjawab ibubapa, Anda orang pertama yang mereka kenal, yang lupa tentang itu wahai ibubapa. Anda boleh meminta bantuan guru atau pengasuh tapi jangan terlalu mengharapkan tanggungjawab itu sudah berpindah tangan.

mereka anak anda, didik mereka, berikan mereka perhatian yang sepatutnya.jangan biarkan mereka merasakan pengasuh adan guru adalah ibubapa mereka.

sampai sini dulu penulisan saya, Assalamualaikum

"perkembangan mereka,tanggungjawab bersama"


Cuti sekolah hampir berakhir?

Assalamualaikum,

Hello there, how your school holiday? Are you have a lot of fun? For who in semester break enjoy your holiday guys...

Oppss, sorry  guys..I suppose speak in Malay right sorry for that. My bad for not using my mother language.

Okay now, bagi tugasan seorang pendidik, cuti sekolah adalah cuti yang paling singkat untuk menjalani rutin harian sebagai seseorang  yang sedang bercuti. Apa tidaknya, di waktu cuti sekolah inilah para pendidik mahu menyiapkan kerja menanda,mencari aktiviti selepas naiknya cuti persekolahan kelak. Tambahan lagi tugas sebagai anak,kakak dan adik perempuan adakala membataskan waktu bersama keluarga, Seperti Sya, cuti sekolah kali ini Sya tidak berkesempatan untuk pulang kekampung halaman. Tugasan Sya sebagai guru pra-sekolah + 'day care' amat membataskan masa Sya dengan keluarga.

Sedih, tapi apalah yang Sya boleh lakukan kerjaya Sya membataskan segalanya, Insya'allah di awal bulan 4 nanti Sya akan pulang ke kampung halaman tak tertanggung rasanya menanggung rindu pada keluarga tercinta.

Tentang Sya akan menyambung pengajian ke peringkat Degree, insya'allah jika tiada aral melintang Sya akan melapor diri bersama seorang lagi rakan pada 28hb 5 2014. Semoga urusan kami di permudahkan kelak. Amin..

Tidak sabar rasanya untuk di gelar pelajar sekali lagi. Terimbau kenangan di alam persekolahan di mana pada masa itu terasa sangat indah bergelar pelajar, bila di alam universiti, lebih mencabar, bagi sahabat-sahabat yang masih di alam universiti jangan pernah menyesal kenapa anda masih belajar sedangkan rakan yang lain sudah kerja. Jangan terkilan sahabatku akan tiba masanya anda memegang status pekerja kelak, dan di saat itu, anda akan terfikir alam kolej amat indah. Itulah cabaran kehidupan. Terus terang Sya katakan,di awal alam pekerjaan Sya rasa amat tertekan. Terasa seolah berada di alam lain. Tapi alhamdullilah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dariNya. Sya berjaya termpuhi waktu-waktu tekanan. Jika kita yakin dengan kuasaNya pasti DIA sentiasa bersama kita.

Ingat sahabatku, Allah tidak pernah meninggalkan kita, kita yang selalu meninggalkanNya.

soal jodoh, Sya sudah di peringkat berserah padaNya, untuk mencari? entahlah Sya sudah terlalu letih untuk dilukai lagi, mungkin Allah sembunyikan si dia yang teristimewa untuk Sya lebih tabah dan bersedia untuk memikul tanggungjawab lain kelak. Sesungguhnya DIA lah sebaik-baik perancang.

sampai di sini dulu entry Sya kali ini, Assalamualaikum..