CINTA DAN KEHILANGAN

Ketika  kedua suami isteri itu baru berpindah ke bandar, hidup mereka penuh ceria, penuh dengan gurau mesra.
Ada masa makan bersama, ada masa solat berjemaah bersama.
Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan yang mereka usahakan belum menjadi, tetapi mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya.
Sikap saling memahami dan bertimbang rasa jelas terpancar.
Di kejauhan malam atau pada awal pagi sudah kedengaran suara mereka berdua bergurau dan berbual  dengan mesranya.
Minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhirnya beberapa tahun mula berlalu. Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan dahulu semakin maju.
Untuk menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, suami adakalanya pulang lewat petang. Manakala si isteri yang juga memulakan pernigaannya sendiri pun semakin sibuk.
Anak-anak pun semakin jarang bertemu dan berbual mesra dengan mereka berdua.
Namun, alhamdulillah keadaan ekonomi keluarga bertambah baik.
Mereka telah berpindah dari rumah yang sempit ke rumah yang lebih luas. Sekarang keluarga itu telah memiliki kereta yang besar.
Bukan sebuah, tetapi dua buah – sebuah untuk suami, sebuah lagi untuk isteri.
Entah kenapa, kemesraan yang dahulu semakin hilang.
Suami semakin leka dengan kawan-kawan seperniagaan dan pelanggannya. Manakala si isteri juga sibuk mempromosi produk jualannya.
Solat berjemaah, makan berjemaah yang dulunya menjadi tradisi semakin jarang dilakukan.
Apatah lagi untuk melihat suami memberi sedikit tazkirah untuk anak-anak dan kemudian keluarga itu saling bermaafan bersama seperti dahulu... hampir tidak pernah lagi.
Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu.
Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa.
Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.
Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi pada masa yang sama mereka sudah hilang kemesraan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.
Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, antara keduanya yang mana lebih berharga? Kemewahan hidup atau kerukunan rumahtanga? Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumahtangga.
Bukankah kita mencari rezeki dan segala kemewahan hidup untuk  membina sebuah keluarga yang bahagia?
Jika si suami ditanya, untuk apa kamu bertungkus-lumus bekerja siang dan malam?
Tentu jawabnya, kerana isteri aku! Begitulah juga jika ditanyakan kepada si isteri, tentu jawabnya kerana suami.
Dan jika ditanya kepada kedua ibu-bapa itu, untuk apa mereka berusaha, nescaya kita akan dapat jawapannya... demi anak-anak.
Malangnya, mereka dan kita sering tertipu, betapa ramai yang melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup?
Kita sering terlupa yang kemewahan hidup - harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini.
Kita memburu alat untuk mencapai matlamat.
Ertinya, harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan rumahtangga kita. Begitulah sewajarnya.
Namun, apa yang sering berlaku adalah kita sering tertukar. Alat jadi matlamat, matlamat menjadi alat.
Kebahagian rumahtangga sering jadi pertaruhan dan acapkali tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup.
Kita berkerja demi anak-anak, anehnya anak-anak kita abaikan semasa bertungkus lumus bekerja. Kita tidak sedar. Kita terus memburu dan memburu.
Bangun dari tidur, berkemas dan terus bekerja. Hampir senja baru pulang. Tidak cukup dengan itu ada lagi kerja yang kita bawa pulang ke rumah.
Tidak cukup lagi, kita keluar pula bertemu pelanggan dalam kerja-kerja 'part time'.
Begitulah kita hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhir bertahun-tahun.
Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri?
Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami?
Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?
Pada ketika itu, hati yang degil masih mampu memberi alasan. Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam profesionalisme.
Sedikit masa lagi, perniagaan ku semakin menjadi.
Nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga. Nantilah, aku akan ini, aku akan ini...
Begitulah selalunya diri kita memberi alasan. Hati memberi justifikasi yang bukan-bukan.
Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah suami, isteri atau anak-anak berkorban sementara, nantilah kita akan bahagia!
Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan.
Temuilah bahagia ketika kita mencarinya.  Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.
Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua pun keadaan.
Hukum-Hukum Cinta
Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.
Contohnya, jangan kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita.
Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat 'kosmetik' semata-mata. Tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasakan.
Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri.
Cinta itu adalah cinta Allah! Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Allah akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri.
Allah akan berikan hidayah dan taufik ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat.
Kita akan sentiasa beringat bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah. Dan hanya dengan memburu cinta Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.
Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan.
Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga.
Iman, kasih saying, cinta sering dilemparkan orang dilitar perlumbaan memburu dunia.
Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagiaan akhirat.
Jadilah dunia umpama kebun yang kita pagar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhirat.
Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui.
Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama di situ... ia hanya jambatan. Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan. Rumah kita yang hakiki ialah di syurga.
Jika ada rasa-rasa itu di dalam jiwa ketika kita memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduaniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan.
Orang yang ada di dalam hatinya cinta Allah, sentiasa ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.
Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat.
Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada neraka dunia.
Apakah neraka dunia itu? Nereka dunia itu ialah hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar.
Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya di tengah ruang tamu rumah yang besar itu.
Dan hambarnya perbualan di dalam kereta mewah yang sering bertukar ganti.
Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon di dalam filem yang kita tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa puncanya!
Lihatlah Rasulullah SAW. Betapa sibuknya baginda... tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah isterinya.
Betapa besar perjuangannya... tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya.
Ketika baginda kaya, dikorbankannya harta... kerana baginda tidak kehilangan cinta.
Ketika baginda miskin... dihadapinya dengan sabar kerana di dalam hatinya tetap ada cinta. Baginda tidak pernah kehilangan cinta kerana di dalam hatinya ada cinta yang lebih besar... cinta Allah!
Ayuh Intai-Intai Semula
Justeru, intai-intailah semula cinta di dalam rumah tangga kita. Masih bersinar atau sudah pudar? Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya? Apakah yang kita garap hingga kita sanggup menggadaikannya?
Ayuh, lihat kembali 'di mana Allah' dalam rumah tangga kita? Di mana solat jemaah, di mana zikir, di mana tazkirah, di mana sadakah, di mana bacaan Al Quran...
Di manakah semua 'ayat-ayat cinta' itu dalam rumah yang mungkin sudah semakin luas, kereta yang semakin mahal, makanan yang semakin lazat, tabungan kewangan yang semakin banyak?
Dan pandang wajah isteri, renung wajah suami... tatap lama-lama.
Bila kita terakhir kita bertentangan mata dalam keadaan yang paling tenang, harmoni dan syahdu? Sekali lagi bila?
Bukankah mata itu jendela bagi hati. Pertautan mata petanda pertautan hati?
Atau kita hanya melihat sekadar imbasan, tolehan dan pandangan, tanpa ada rasa cinta, kasih, mesra, kasihan, simpati, empati dan lain-lain perisa hati?
Apakah kita secara tidak sedar telah bertukar menjadi 'haiwan berteknologi' dalam belantara dunia meterialisma yang semakin ketandusan cinta?
Lalu, di kejauhan destinasi ketika sibuk menguruskan kerja atau perniagaan, sudi apalah kiranya suami atau isteri menghulurkan gugusan doa-doa yang paling kudus untuk pasangannya?
Atau ketika dia pulang nanti, kita sapa tangannya dan bersalam penuh mesra lantas  berdakapan dengan hati yang terus berkata-kata, "inilah teman ku di dunia untuk menuju syurga!" Inilah yang semakin hilang dalam rumah tangga kini.
Kita memburu tanpa sedar bahawa kitalah yang sebenarnya diburu.
Diburu oleh kesibukan yang tiada penghujung, keresahan yang tiada penawar. Kekosongan yang tidak dapat  di isi. Kerana hati tanpa cinta... adalah hati yang mati!
Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita akan temuinya semula cinta itu di tempat, suasana dan masa ketika kita mula-mula menemuinya dahulu.
Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya?
Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah? Kembalilah ke sana.
Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta.
Renunglah mata isteri atau suami mu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau telah tiada?
Dan kemudian genggam erat tangannya. Mari kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama!

sekali lagi artikal dari iluvislam.....jgn lupa ambil iktibar daripadanya k...wassalam :)

CINTA DAN TUJUAN

Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan?
Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?
Bukan begitu. Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen.
Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah.
Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti.
Tetapi saya memang bingung.
Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.
Cinta Monyet
Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet.
Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar.
Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima.
Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini.
Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu.
Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima.
Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat.
Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja.
Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam.
Kenyataan-kenyataan seperti; batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman.
Aduh! Saya menjadi semakin bingung.
Benarkah ini semua?
Erti couple, cinta dan perkahwinan
Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti.
Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam.
Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa.
Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya.
Buku Tentang Cinta karangan Ustaz Pahrol banyak membantu saya untuk memahami isu ini.
Tambahan pula, semasa saya di Kolej Yayasan UEM Lembah Beringin, forum Tentang Cinta telah diadakan. Panel-panel terdiri daripada Ustaz Pahrol sendiri, Ustaz Hashim (trainer Fitrah Perkasa) dan Ustaz Hasrizal.
Panel yang hadir cukup berpengalaman kerana mereka jauh lebih dewasa dan sudah berkeluarga.
Islam dan Cinta
Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan.
Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.
Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?
Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?
Bercinta adalah berkasih sayang.
Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri?
Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri.
Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?
Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya.
Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita.
Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.
Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling).
Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan.
Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini).
Perkahwinan yang memang bergelora.
Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.
Jual mahal?
Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal.
Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.
Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih?
Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan?
Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?
Isu yang berat untuk difikirkan bersama.
Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".
Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.
Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya fikirkan sejak kecil lagi. Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya.

*Akhir2 ini penulisan iluvislam.com sgt menarik utl di kogsikan bersama...semoga kalian dapat manfaat dariNya...wassalam:)

CINTA DAN TANGGUNGJAWAB

Kita mudah memahami nota-nota cinta di dalam drama bersiri, telenovela, di helaian novel atau cerpen. Sesungguhnya, adakala memang  benar juga apabila sampai kepada babak rumahtangga mithali, rumahtangga kecoh, rumahtangga hancur. Namun, ianya berlalu bagaikan air dan tidak ada muhasabah. Air mata bercucuran kerana terlalu emosi menonton drama kegemaran tetapi kita lupa bahawa kita mungkin akan menghadapi  keadaan yang sama kelak.
Kita ialah jiwa hamba. Jiwa kecil kita ini mudah tersentuh apabila perasaan tidak serasi dengan fitrah. Fitrah manusia normal senang hanyut sekiranya tiada iman sebagai pendinding. Kebal kita bukan kerana kuat atau sihat tubuh badan tetapi kuat iman menahan asakan bak jarum menusuk halus di setiap penjuru. Kadangkala apabila pernikahan terbina bukan kerana cinta kepada Ilahi maka tumbuhlah tunas-tunas lalang menghalang cahaya cinta Ilahi daripada terus menerjah ke sumur hati.
Mulalah timbul bibit-bibit di hati mahu berpisah atau baik hidup membujang. Kita juga lupa apabila sudah berkahwin tiada lagi wangian melekat di badan seperti seawal bercinta dahulu. Kini yang tinggal hanya bau yang tidak menyenangkan lantaran penat bekerja. Kini barulah kita tahu tembelang sebenar pasangan. Si suami bangun lewat tatkala waktu Subuh dan si isteri pulang lewat malam tanpa keizinan.
Memang susah mencari seorang Adam yang terfikir untuk berkahwin supaya mempunyai seorang Hawa yang halal baginya itu mengarah jalan menuju ke Syurga. Kita cuma terfikir kehidupan di dunia sahaja.  Apabila timbul soal perkahwinan ianya hanya berupa material luaran sahaja. Tiada lagi pertimbangan rohani dan tiada lagi soal kebahagiaan si dia, kebebasan si dia atau mengerti tentang si dia. Isteri pula hanya sekadar alat untuk melepaskan tempias nafsu semata-mata.
Kita bukan sahaja hipokrit dengan pasangan  malah bersikap munafiq dengan Allah SWT. Kita mengharapkan si dia sempurna tetapi adakah kita sedar pasangan kita juga menagih kebaikan dan tanggungjawab kita kepada institusi perkahwinan seperti yang kita ikrarkan dulu.
Benar qadha' dan qadar adalah ketentuan daripada Maha Esa. Kita merancang tetapi Allah SWT yang menetukan soal  jodoh, maut, dan rezeki kita. Tidak penting di mana kita bermula tetapi ke mana kita berakhir. Perkahwinan memerlukan komitmen yang tinggi. Ianya umpama mengemudi sebuah kapal yang penuh dengan barangan dagangan untuk di layari di tengah-tengah lautan, ia adalah tanggungjawab. Ingat! Laut pula tidak pernah sunyi dari ombak dan pelayaran tetap diteruskan. Hanya yang tinggal ialah kebijaksanaan komunikasi antara nakhoda dan kelasinya.
***
Buku: Berteduh Di Kebun Cinta
Kenapa motivasi cinta?
Saya mengenang kembali tujuan saya menghasilkan buku ini. Bukan untuk mencari populariti dan bukan niat saya untuk menjadikan buku ini best seller, ianya cuma satu anugerah tidak terhingga andai diberi peluang. Namun jauh di sudut hati ketika itu, saya ingin melihat masyarakat kita terdidik dengan nilai kerohanian tinggi agar remaja mengenali diri, suami isteri saling mengerti dan lantas melahirkan institusi keluarga yang bahagia.
Hari demi hari memang kita sering dihidangkan dengan masalah politik tanah air tetapi kita jangan lupa bahawa saban hari kita juga dihidangkan dengan masalah keruntuhan akhlak, masalah pergaulan bebas dan masalah sosial di sana sini tanpa ada lagi rasa malu asalkan nafsu dapat dipuaskan.
Bayangkan perempuan sudah hilang dara pada usia 13 tahun, ketagihan hubungan seksual, bercinta hingga ke dalam kain, sanggup dibawa kekasih yang dicintai ke seberang.  Ini cuma kes yang didedahkan di dalam akhbar tempatan namun saya yakin masih banyak lagi perkara sebegini berlaku di luar sana. Bukan berganda bahkan berganda-ganda.
Sedih dan geram. Jujurnya, saya cuba untuk menyentuh golongan ini secara lembut, baik remaja, suami isteri mahupun keluarga supaya mengerti di sebalik kalam cinta yang diluahkan dan yang dipatri antara kalian. Jangan lupa ramai juga dalam kalangan mereka berlatarbelakangkan agama tetapi masih gagal apabila berhadapan krisis hati dan soal cinta. Benteng iman perlu diperkuatkan daripada rebung lagi. Anak-anak harus dididik dan diajar supaya mereka kenal cinta dan Pencipta cinta.
Cinta ialah sesuatu yang sering kita bicarakan, cuma cara dan kaedah kita bercinta sahaja yang berbeza namun ianya masih memerlukan penghayatan yang mendalam. Cinta yang kita mahukan adalah bersalut redha Ilahi, cinta kita kepada pasangan kerana cinta kita kepada Ilahi dan janganlah kita halalkan cinta sebelum berkahwin kerana ianya penuh noda. Berilah cinta kita sepenuhnya kepada pasangan.
Buatlah sesuatu atas dasar mencari redha Allah SWT walaupun perlakuan tidak semudah tutur kata. Perjuangan itu memang memenatkan dan kadangkala mengundang rasa putus asa. Namun, ketahuilah bahawa penat itulah yang bakal melahirkan izzah seseorang hamba dan sesungguhnya ketabahan tinggi nilainya di sisi Allah SWT.
Duhai isteri, belajarlah untuk menjadi sekuat Siti Hajar dan seteguh Siti Fatimah tatkala berhadapan dengan hidup yang serba kekurangan. Cinta mereka kepada Allah SWT tidak pernah kurang. Inilah mahar yang harus dibayar demi meraih kekuatan cinta abadi dan iman yang kukuh. Segala-galanya kerana Allah SWT.
Benarlah kata orang;
"Allah SWT bukan sahaja menguji cinta kita kepadanya tapi cinta kita kepada-Nya. Pulihkan cinta kalian kepada-Nya, demi cinta kalian kepadanya. "
cetakan dari luvislam.com..semoga ada hikmah disebaliknya...wassalam...:)

CINTA DAN PENGORBANAN

cinta kah kita andai kita tidak tahu apa yang dilakukan...

bodohkah kita jika kita memendamkan apa yang kita rasa pada si dia??

kadang2 kita tau orang x tau apa yang kita rasa...cakap senang la wat tgk???

hanya yang melalui saja yang memngetahui...

ada juga yang hilang arah kehilangan si dia...

ada gak yang cakap...

patah tumbuh hilang b'ganti...

namun yang b'ganti 2

akan seiras dengan yang patah ke??

adakala seseorang akan hilang arah bila kehilangan cinta

tapi x setanding kehilangan cinta allah...

ramai yang x sedarkn...

bila ujian menimpa...mula la fikir bukan2...

walhal allah uji tanda allah sayang....

manusia biasa....

sya pn selalu pk mcm 2 gk....

lupa dengan kuasa allah yang boleh membolak balikkan hati hambanya...

bila sedih kecewa mula la tanye knpe aku di uji sbegini...

mse happy??kita selalu lupa DIA kn...

sya pn mcm 2 gk...

erm dh lari topik ni tpi x pe la b'pesan pda diri jap hihihi~

pengorbanan...

ada yang berkorban cinta demi maruah...

ada yang berkorban cinta demi bonda...


ada yang berkorban cinta demi masa...



ada yang berkorban cinta demi cita

ada yg berkorban cinta demi jarak...

mcam2 kn...apa pn alasannye...

semua cinta ada pengorbanan...

x kecuali gk cinta pda yg Esa...

wassalam...:)

aku ingin mencintaimu by edcoustic

KAMI DAN PASIR..

sebagai bakal guru kepada kanak-kanak kami di ajar bagaimana rasanya perasaan kanak2 ketika bermain pasir..so hari ni kami bermain dengan pasir...walaupun kami menggunakan bukan pasir yg sbnr2nya tpi kmi ttp gmbira....
                   antara bahan2 yg kmi gnakn utk b'main pasir (walaupn hakiktny kmi gne pasir kbn hihih)
       ni contoh pasir yg t'baik utk kanak-kanak b'main...walaupn agk kring tpi ia sesuai utk knak2

                   antra proses semasa b'main pasir hihihi~tbe2 t'rse kembali ke zaman kanak2
hasil istana fantasi hihihi~(tjuk lesson plan pn dh di alam fantasi so ini adalah imeginasi smata2 hihihi)

so bagi cikgu2 di luar sna anda amat digalakkn untuk membenarkan anak2 didik anda b'main pasir bayk pkara yang mereka plajri...b'bain pasir ini bukan shja blh di kuar class malh di dlam class juga..dengan syarat anda pandai menyimpannya...x rugi biarkan mereka b'lajar sndiri sekurg2nya mereka meneroka melalui pengalaman....

so slamat mencuba...wassalam...

HARI-HARI CUTIKU

hari jumaat yang lepas kesibukanku berganda apabila rumahku memjadi tempat 2 orang yang istimewa meluahakn rasa...Dalam penat aku puas melihat wajah ceria mereka kembali...apa lagi yg lebh indah andai kebahgian ada b'sama mereka..mereka adalah NURUL AIN & NORHAYATI merka memlih utk b'sama aku utk m'curahkan rasa kecewa mereka..sungguh gusar ttp ada dihatiku...bimbang aku x mampu utk melihat mereka bahgia dan senyum semula..namun semuanya ketentuan dariNya....alhamdulillah dengan kuasaNya..mereka pulang dengan wajah yg gembira...aku bersyukur...
dikesempatan ini aku ingin memgucapkan jutaan terima kasih kepda sesorg yang berjaya membuat hati wanitaku terharu dan tersentuh...disaat aku b'sendirian utk melangkah dia hadir menemani setiap langkahku...bagiku dia skdar abg...namun entah mengapa jauh disudut hatiku...aku dapat merasakn kasihnya bukan sekadar abg...aduh.......................apa yang aku mengarut ni hahahahaha~sbnrnye aku nk cter pasl cutiku bru2 ni melalut plak huhuhuhu~so ni antra gmbr2 yg smpt aku rakamkn sepnjg penjelajahan kmi hihihihihi~
                   (gado2 di chiken rice shop mmg best x rugi cuba huhuhu~)
nk msukkn lgy tpi line prob so lain kli smbg lgy k....
wassalam....('',)

orang baru...

so...ingt lagi entry psl org bru dlm blik aq??hri ni smpena cti maulidur rasul...owg bru dh msk blik aq...so mlm ni aq tdo b'tman la...mmg mcm jnggal jew ble ad owg lain dlm blik tpi best k sbb x ckp srg2 lagi...dh ad kwn brak2...glak2 x la merempat blik owg lain ok b'bual2 huhuhu~so wellcome to our room MISS FERDI...sronk dok umh bru ni wlaupn aq srng jew muslim n bdk semenanjung tpi mereka hormatkn agma aq..happy sgt2...ku mohom kpdaNya mga ukhuwah yang t'jalin antara kami akan b'kekalan hingga ke akhirnya...
salam ukhuwah...wassalam....

*walaupn lain agama x ada ap yg blh rosakkn hubungn p'shbtn kmi huhuhu~ hrp2 la smuanya t'letak di tgn Nya

andai itu takdirnya

bila mengenangkan suasana pengajian yang semakin mencabar diri dan fikiran...aku seakan sedikit terganggu dengan suasana sekarang...letih...bila memikirkan pengajianku akn tamat tdk lme lgy..walaupun jauh disudut hati aku mahu msa ini b'lalu dengan pantas...namun....debaran hati ini x mmpu utk aku hentikan....pasti....cabaran akan hadir utk aku tempuhi....kini aku keliru utk truskn pengajian secara fulltime or pjj...kta htiku biarla skadr PJJ tpi....terse rugi jika x truskn dlm fulltime...aku untu sketika....disaat sahabat2ku sdh menggengam segulung ijazah....aku bru memegang tahta diploma...mmg DIA sdh tentukan segalanya namun....msih ada rsa terkilan dlam htiku....apakah aku manusia yg tidak punya rasa bersyukur??...andai itu takdir darinya,,,,aku redha atas segalanya....
 wassalam...

*salam maulidur rasul selawat serta salam keatas junjungan besar baginda. MUHAMMAD S.A.W

COPY & PASTE...

mood:ok2 jew....
keadaan p'sekitaran:biase2 jew....

perkongsian lgy hihi~so...bace n ambik iktibar ya....

Pesanan buat isteri kesayangan..

by syahirul.com on Saturday, February 12, 2011 at 10:40pm
Kamu derhaka jika:

1.Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."

2.Membantah suruhan atau perintah suami. Sabd...a Rasulullah s.a.w. "Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".

3.Bermasam muka terhadap suami. Sabda Rasullulah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya".

4.Jahat lidah/mulu pada suami. Sabda Rasulullah s.a.w. " Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya".

5.Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.

6.Keluar rumah tanpa izin suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya."

7.Menghina pengorbanan suami. Maksud Hadith: Allah swt tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya.

8.Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya. Maksud Hadith: Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.

9.Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami. Maksud Hadith: Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah swt

bgitula pesanan buat isteri2 secra tidak langsung m'ngingatkan dri sndri spya dpt mnjdi isteri yg t'baik untuk suami kelak...isteri2 @ bakal2 isteri....hadith dh m'jelaskn....buang yg kruh ambil yg jernih ya....wassalam...

Big Big World(with lyrics)

AKU DAN..........................

well....seharian dirumah membuatkan mood mencapai tahap maksima bosan.....walaupn bgitu....ada sesuatu yg mengembalikan mood hari ini....nk tau apa?? mngemas blik....opsss sbnrnye hri2 kms blik ni cme hri ni tkr susunan prabot jew di sbbkn krna....x lme lgy blik ni akn b'kogsi hihihi~well bila dh b'kongsi x leh la nk bolot setiap sdt bilik ni srg2 mcm dlu2....kne adil la kn hihihi~

                     *nie tmpt b'tapa la kononnye tpi pnuh komik jew hihihi~

          * nie plak kwsan jiran hihihi~ dia bru angkt brg ckit2 so mja msih kosng....

                                          *di sebalik pintu hihihi~

so,ni la blik yg bkal di huni owg aku....sehingga hjung thn ni....walaupn kcil....tpi bagi aku sedh mmadai...ok la utk bjang spt aqkn luas2 wat pe kn...kcik,simple n comel hihihi~

(mood dh ok....tpi batuk wt hal hihihi~)
selamat b'hujung minggu kwn2....wassalam :)

ADA SESUATU YG INGIN DI KONGSIKAN

mood msih zero....namun ada seseuatu yang aku ingin kongsikn bersama kalian...
Panduan Mencari Jodoh...
mungkin tajuk ini sudah sinonim dengan kehidupan selagi berstatus bujang/duda/janda...namun begitu artikal ini stelahku "copy" dari iluvislam.com mungkin sedikit sebanyak dapat manfaat kepada kita semua..

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.
Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.
Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.
Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius.
Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.
Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.
Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS.
Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
Apa Tujuan Berumahtangga?
"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.
Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.
Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.
Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat?
Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.
Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.
Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?
Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.
Penyakit "Tidak Jelas"
Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".
Hanya 'Beragama'?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.
Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.
Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.
Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.
Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.
Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.
Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.
- Artikel iluvislam.com

salam hormat dan salam ukhuwah...wassalam...

KEBOSANAN.....

salam kebosanan hari ni x de clz....ble x de clz spttnya seronok menjalani hari2 cti...tpi kali ni jdi sbliknya...rsa bosan menyelubungi diri...mood??mmg zero....unfeel....hati memberontak utk keluar...tpi nk g ane???aduhai...dok dlm umh ni pening btul....nk wt assgment???erm...mood x elok...krja msti byk silap....pening2......

moody......wassalam....

salam cabaran

bagi mereka yang tidak mengerti tentang bidang pengajianku pasti beranggapan pengajian ini paling mudah...tapi bagiku...tidak la semudah yang disangka...
kami melalui pelbagai cabaran lainnya....cabaran yang yang melibatkan fikiran dan daya tumpuan...bila mengenagkan semua itu....kepala seakan mau pecah...tpi sbg pndidik...aku harus laluinya jua...

seperti yang anda lihat nyanyian lagu dibawah ini adalah salah satu tugasan kami..kami di kehendaki menghafal dan mendendangkan kepada teman2 serta anak2 jagaan kami kelak....

tugasan ini blh menjadi sukar kerna aku sukar untuk mendendangkan di hdpan teman2ku.....

gusar....takut....berbaur jadi 1....

smga aku mampu tmpuhinya....

Nursery Rhymes - Hush Little Baby

PERPUSTAKAAN DAN KAMI

salam membuat assigment dan minggu midtest...

setiap pelajar universiti/kolej/maktab atau dimana saja pusat pengajian pasti akan mengalami situasi spt ini...
begitu jga kami...

                                            * amacam ada ciri pelajar berjaya x hihihi

                                                                  * cari jgn x cri hihihi~
                                                                * khusyuk nampak hihihi~

well begitulah suasana kami mencari maklumat hihihi~ macam2 gaya ada...so sampai bertemu lagi...daaaa....
wassalam...('',)

miss you...

rindukan seseorg....lumrah manusia....punya rasa rindu dan dirindui....begitu jua aku...kalu x ad rasa rindu...msti tersa hidup e2 suram....setiap hari kita msti rasa rindu...paling tdak pn pada ayahda dan bonda bukan.....so...sesekali mengaku yang kite rindukan seseorg x slh bukan hihihi~
so selamat menghayati lagu di atas ya....
salam rindu buat semua.....wassalam...('',)

miss you like crazy w/ lyrics

KAMPUS DAN AKU

di awal semester yang lepas kampus kami telah berpindah.....keadaan disini lebih kurang selamat berbanding tempat lama kami...walaupn begitu...setiap yang buruk pasti ada baiknya bukan....setelah lama terperap dalam folder hp....akhirnya aku membuat keputusan untuk mengambarkan serba sedikit kawasan kampus baruku...

                 dari tingkat 2 banggunan tengah @ utama kampus.....(nk tunjuk kolam 2  jew hihihi)

                  dalam banggunan ada taman....(tempat kami lepak untuk tenangkan fikiran hihihi~)

      jembatan pulau pinang pn ada hihihi~ (lokasi di sebelah belakang banggunan b'hampiran dengan              komuter setia jaya)

so, inilah kampus baru aku.....walupun dari segi keselamatan x berape best....namun ada beberapa tempat yang agak best la hihihih....

jumpe lagy.......daaaaaaaa....tatatititutu....wassalam

AKU DAN MEREKA

menceritakan tentang anak2 saudaraku yang memang sentiasa membuatkan aku ingin kembali ke Johor..gelagat mereka yang semakin membesar 2 membuatkan aku menghitung hari setiap kali untuk pulang ke sana...

                                                              ( si comel suci darwisyah )

suci darwisyah puteri kedua kepada kakakku...berusia 7 bulan....

                                                   suci salsabila = puteri sulung kakakku
                                                   umur : 3 thn

                                            muhammad lukman syafie putera sulung abangku
                                            umur : 2 bulan

sekembalinya aku ke kampung halaman raya cina baru2 ini...alhamdullilah...smua saudara2ku dpt pulang bersama...suasana dirumah bonda....cukup meriah...aku yakin dan pasti....aku akan selalu merindui suasana ini...

bagi sahabat2 yang tidak pulang ke kampung halaman....banyakkan bersabar....hanya DIA yang mengetahui setiap kejadian...

jumpa lagi di lain waktu....wassalam ('',)

Cinta Tak Bersyarat