hujung tahun telah tiba

Pejam celik, pejam celik dah pun sampai hujung tahun kan. Terasa seakan masa cepat berlalu.

Seperti tahun ini, saya sekali lagi menyandang guru kelas untuk anak-anak yang berusia 3 tahun bersama kelas yang lebih besar dan luas.

Gementar itu yang saya rasakan sekarang. Entah bagaimana anak-anak dan ibubapa yang perlu saya tempuhi kelak. Apa yang penting pada waktu ini saya perlu mendekorasikan kelas saya supaya menjadi tempat yang menarik untuk anak-anak saya kelak. Harapan saya anak-anak ini akan gembira untuk datang ke sekolah kelak dan berharap ibubapa meletakkan kepercayaan kepada saya untuk memdidik dan membimbing anak-anak mereka.

Besar harapan saya untuk mendapat kerjasama dari pihak ibubapa, tanpa kerjasama dari ibubapa maka sukarlah untuk saya meneruskan misi saya.

Semoga DIA memudahkan segala urusan saya kelak.

di post yang akan datang saya akan paparkan kelas saya sebelum,semasa dan selepas di ubah suai.

Samapai bertemu lagi. daaaa~