i'am back

sekian lama mendiamkan diri kini sha kembali dengan kisah baru. jika sebelum ini kisah practikal sha di prasekolah SKLK kini tempat practikal kami telah di salah sebuah di area ampang. taska itu "cantik" dari apa yang orang luar harapkan.

bukan memburukkan atau ingin menjatuhkan. tapi pandanglah ia sebagai pengajaran. wahai ibubapa yang berkerjaya benar taska telah membantu anda memdidik anak-anak tapi itu bukanpeluang anda untuk lepas tangan untuk tidak melihat dan mengetahui perkembangan anak-anak anda sungguhpun mereka telah ada guru dan mengasuh anda tetap yang pertama bagi mereka.

kekesalan ini berlaku apabila ada parents yang sering kali "lupa" untuk menjemput anak mereka di sekolah.

kekesalan bertambah apabila pengasuh penat dan marah2. hati ini hiba bila melihat anak2 kecil ini dimarah dan diherdik tanpa belas. apalah salah mereka ini bukan mereka pinta untuk dilahirkan dan di asuh oleh "mereka"

perlu ke setiap suapan bermula dengan makian dan berakhir dengan herdikan
wahai pengasuh yang berhemah sayangilah anak asuhan anda sepertimana anak anda sendiri
andai saja anda belum miliki keluarga
hargailah mereka sebgai manusia
dengan itu anda lebih disayangi dan jangan pernah anda lupa doa si kecil ini adalah antara doa tanpa tapisan di sisi DIA

hakikat yang sebenarnya,
sha dah tak sabar untuk tamatkan practikal di taska ini
entah mengapa hati ini bagai dihiris dan cukup terluka dengan setiap kekasaran dan "lakonan" mantap mereka.

* hadir coretanku bukan untuk menakutkan tapi untuk beri peringatan untuk parents yang sangat percaya pada pengasuh ketahuilah mereka juga manusia  biasa yang punya rasa mrah dan letih.

sampai sini coretan untuk post kali ini. salam manis tanpa gula salam sayang menerusi maya semoga kita bertemu lagi di post2 yang akan datang.



* p/s : abang, 7tahun adik memendam rasa akhirnya kekuatan ini hadir juga moga perpisahan ini adalah perpisahan yang terbaik untuk kita  berdua. adik sentiasa berdoa moga selepas ini tiada lagi hati yang terluka kerana kelukaan ini menyakitkan.