SETELAH SEKIAN LAMA

setelah sekian lama menyepikan diri

malah bukan jua niatku untuk meninggalkan bidang penulisan ini

kesibukan ku sebagai usahawan membataskan waktu-waktuku di hadapan kesayanganku ini...

setah berakhirnya bidang pengajianku di peringkat diploma aku ditawarkan berkerja sebagai guru tadika di sebuah tadika swasta di area kuala lumpur..

sungguh aku bersyukur dengan rezeki yang DIA berikan..

namun jodohku hanya seketika dengan anak2 itu..aku memutuskan untuk berhenti kerja untuk membantu perniagaan keluarga..

benar,diawal penglibatanku dalam bidang perniagaan ini sedikit sebanyak jauh disudut hatiku ada kesal yang menyapa ada rindu yang membukit dalam pendidikan..

namun aku sedar dalam setiap kejayaan pasti adanya pengorbanan

dan setelah hampir 4 bulan aku meninggalkan dunia pendidikanku..rezekiku di bidang pembuatan dan bakery ini membuahkan hasil sungguhpun belum untuk pulangan modal sekurang2nya perniagaanku ini sudah mendapat menarik perhatian ramai..

alhamdulillah aku bersyukur kepadaNya kerana mengurniakan aku semua ini semoga rezeki yang aku peroleh ini diberkatiNya..

di akan datang kelak..banyak progam yang bakal dianjurkan oleh perniagaanku antaranya : - KELAS MASAKAN KANAK2,KELAS MASAKAN DAN PEMBUATAN KEK REMAJA DAN DEWASA,KELAS ART N CRAFT KANAK2 DAN DEWASA DLL

kini doaku hanya satu semoga ALLAH mengizinkan segalanya berlaku dan memberikan aku peluang untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kedua ibu bapaku

soal jodoh @ teman pelengkapku, sejujurnya aku belum bersedia untuk semua itu..fokusku pada keluarga dan kerjayaku

tapi andai saja ALLAH mentakdirkan aku akan menemui seseorang yang bakal melengakapi hidupku..INSYA'ALLAH akan aku terima dia seadanya.

semoga ALLAH memperkenalkan kepadaku seseorang yang terbaik dimataNya bukan terbaik dimataku

semoga kita bertemu lagi dimasa2 akan datang...

PIUSI RINDUKU

mendung petang menutupi mentari petang
seolah memahami hati kecil ini
ingin menangis dan merayu
ingin mencurahkan segala kerinduan yang memenuhi hati ini

sungguh aku rindukan tawa ceria si kecil itu
memanggil untuk perhatianku
mengadu dan merengek inginkan sesuatu
petah bicara pelatnya

benar aku benar2 rindukan si cilik itu
si cilik yang menghiburkan
si cilik yang mengharukan hari-hariku

hanya gambar pengubat rinduku
hanya rakaman mengurangkan sakitku

apa agaknya khabar si cilikku?
tercarikah dia dengan kehilanganku
rindukah dia?

bukan hanya si cilik yang aku rindukan
ada seseorang yang selalu memcuri tumpuan dan perhatianku
aku rindukan dia..
tapi dia tidak mengenali aku

aku hanya bermimpi
aku hanya berfantasi sendiri

namun aku tidak pernah peduli semua itu
andai dia benar jodohku
pasti tiba masanya kami akan bertemu juga

aku menyerahkan segalanya kepada DIA
sesungguhnya DIA mengetahui apa yang terbaik untuk kami

itu yang aku lakukan
mendoakan kesejahteraan dia
mendoakan keselamatan dia
doakan kebahgiaan dia
walaupun mungkin akhirnya nanti dia bukan untukku

biarlah aku terus menyimpan rasa ini
moga2 Allah mendengar semua doaku

sebuah petemuan

andai kita boleh membaca fikiran manusia
pasti tiada satu manusia pun didunia ini melepaskan peluang ini

andai kita tahu apa yang akan terjadi pada esok hari
pasti
kita akan bersedia untuk hadapi segalanya

semuanya berlaku jika ada "andai"

aku bukan seorang pengarang
aku juga bukan seorang penyair

tapi duniaku
penuh dengan tulisan dan bacaan

aku juga bukan boneka yang tidak punya rasa
aku juga bukan tumbuhan yang x bisa bicara

aku hanya insan biasa yang mempunyai impian dan cita-cita

benar aku seorang gadis yang suka berangan-angan
aku seorang gadis yang kasar dan tegas

aku seorang gadis yang dipertanggungjawabkan untuk
memenuhi impian dan harapan ayah dan bondaku

aku sekadar gadis biasa yang tahu erti sebuah pertemuan

bagiku dan teoriku
pertemuan bukanlah suatu permulaan perhubungan
dan
perpisahan bukanlah suatu pengakhiran sebuah perhubungan

saban hari kita sering di pertemukan dengan insan yang berbeza
setiap hari adalah dunia baru bagi kita

saat itu aku bertanya kepada diriku
kuatkah untuk kau lalui dunia baru hari ini?

tabahkah untuk kau lalui cabaran dan dugaan hari ini?

benar..
setiap hari kita lalui semuanya bukan
dan yang paling kerap kita lalui adalah

sebuah pertemua dan perpisahan
sering berlaku kepada setiap insan

kerana inilah hukum karma
setiap kali ada pertemuan setiap kali itulah adanya perpisahan..