salam permulaan

bismillahirahmanirahim...
dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani...

sesuatu yang indah adakala menjadi lebih indah jika di kongsikan bersama..pengalaman dan sejarah kehidupan diri harap boleh dijadikan iktibar kepada semua..

mungkin kisahku bukan suatu kisah yang indah untuk tatapan semua namun mungkin ada pengajaran buat semua..

bermula sebagai salah seorang bakal pendidik tadika. Cabaranku bukan sedikit dan difikirkan mudah oleh umum. Jika mendengarkan bidang pengajianku mereka pasti beranggapan bertapa mudahnya pengajianku.

Aku mulakan pengajianku dengan pen.awal kanak-kanak di Sek.Men.Tek.ERT Azizah JB. Disana aku memperlajari sesuatu yang aku sendiri terfikir betapa beratnya tanggungjawab tugas pendidik di peringkat awal ini.

Disana aku didik bagaimana untuk menjadi guru yang memahami tingkah kanak-kanak. Sepanjang 2 tahun aku disana, jiwaku masih tidak mampu untuk menjdi pendidik kanak-kanak. Namunaku teruskan jua demi ibu ku tersayang. Tanpaku duga rasa ingin mendalami ilmu ini semakin tebal. Mungkin berkat doa bonda. Sesungguhnya beliau lebih mengetahui apa yang terbaik buatku.


setelah aku menamatkan pengajianku di peringkat SPM, aku teruskan perjuanganku di peringkat STPM. berkat doa bonda aku berjaya menamatkan peringkat kedua itu. kini aku salah seorang penuntut di slah sebuah universiti tempatan dan aku kembali untuk meneruskan bidang di peringkat kanak-kanak.

kini aku sudah jatuh cinta dengan bidang ini,semakin aku mendalami bidang ini,semakin aku tertarik untuk memdalami siapa yang bergelar kanak-kanak ini.

setelah apa yang aku pelajari setakat ini,kanak-kanak adalah individu yang unik dan hargailah mereka sebagai individu. pendapat mereka adakaa lebih kreatif dari apa yang kita orang dewasa fikirkan.

cukup untuk setakat ini...semoga bertemu lagi
wasslam... :)