Duniaku praktikumku

Perjalanan pengajianku diteruskan lagi dengan cabaran yang lebih mencabar. Ya semester ini kami akan menjalani praktikum setelah 6 semester dalam pengajian melalui teori kini telah tiba masanya kami mempraktikkan apa yang telah kami pelajari. Benar melalui hari-hari menghampiri praktikum membuatkan tidur kami tidak lena, bermacam persoalan yang berada dibenak fikiran kami. Ah, rungsingnya adakah setiap yang melaluinya akan merasakan seperti kami?. Aku bersama 3 rakan lainnya akan menjalani practicum di SK LEMBAH KERAMAT. Mereka adalah JAMZYFARIZA,FARIHIN DAN HAJARAH. Bagaimanalah agaknya keadaakan kami kelak?. Gementar itu yang kami rasa kami akan meroka dunia yang baru dunia separa pekerjaan.

Hari ini aku berada dirumah sahabatku FARIHIN kami akan berada disini selama kami praktikum. Ayah dan bondanya terlalu baik. Hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka.  Debaran kian terasa untuk menantikan hari esok hari pertama menjejakkan kaki dunia praktikum entah bagaimanalah situasinya.  Kami bimbang dengan penerimaan pihak sekolah. Hanya kepadaNya kami memohon moga dipermudahkan segala urusan kami sepanjang kami berada disana. Oh tuhan bantulah kami melauinya dengan baik dan cemerlang.

Dunia practicum kami baru bermula. Akan kami kongsikan segalanya disini kelak moga menjadi panduan bagi rakan kenalan yang bakal practicum seperti kami. Oh sebelum itu kami practicum di bawah prasekolah bukan sekolah rendah tau J. Bagi bakal-bakal guru prasekolah moga perkongsian kami dalam dunia practical ini mampu memberikan kalian idea-idea untuk mengajar kelak nantikan slot seterusnya ya.



Sekian sahaja coretan kami. Salam manis tanpa gula, salam sayang menerusi coretan semoga kita dapat berkongsi lagi dimasa akan datang.



*p/s:  abang kesibukan abang membuatkan adik cemburu dengan masa abang. Bodohkan? Tapi itu yang adik rasa adakala adik terlupa adik sekadar adik dan abang hanya abang doakan kebahagian adik dan doakan hati adik terbuka untuk dia yang benar-benar mampu menjaga adik kelak kejalanNya.

* jiwa serabut memikirkan hari esok. Seawal 7 pagi kami akan lapor diri. Ya Allah pimpinlah kami kejalanMu izinkan kami mendidik anak-anak bangsa kami dengan hati yang penuh sabar dan tabah kerana kami sedar dunia mengajaran tidak semudah yang orang lain pandang. Tabahkan lah Ya Allah.

No comments:

Post a Comment