“Adam” mengertilah diriku..

Ya Allah tetapkanlah hatiku..peliharalah hatiku..jagalah imanku..kurniakanlah taufiq dan hidayahMu..permudahkan dan murahkanlah rezekiku..

Ya Allah…cintaku hanya untukMu..rinduku hanya untuk kekasihMu..sayangku untuk  keluarga dan saudara seislamku..dan kasihku hanya untuk suamiku..

Ya Allah..ku yakinkan hatiku..cinta, rindu dan sayangku sudah di punyai..namun ya Allah..aku masih mencari kasihku. Di bulan yang berkah ini. Kau temukanlah aku dengan kasihku ya Allah. Aku ingin sekali berkongsi rasa dengannya. Mungkin terlalu awal untukku menemui kasihku  tapi aku keliru dengan kehadiran “adam” di sekelilingku. Mungkin bagi mereka aku wanita yang sombong dan ego. Tapi aku Cuma wanita yang biasa yang hanya mengelak untuk tidak berkasih pada jalan yang kau murkai. Silap aku kah ya tuhan. Aku hanya menahan perasaan agar aku bukan punca fitnah kelak.  Wajarkah aku untuk melanggar perintahmu sedangkan hatiku tidak tega untuk melakukan semua itu. Ya Allah, tidak aku tega ada percintaan sebelum pernikahan terjadi pada diriku. Tapi mengapa suhar benar untukku terangkan pada “adam” ini bahawasanya ini adalah pendirianku?.

Wahai “adam” bantulah aku dan bimbinglah aku kepada jalanNya. Jangan pernah kamu memaksa aku untuk melalui perkasihan terlarang ini. Jika DIA tidak redha apalah yang ada pada kita yang lemah ini. Sedarlah “adam” aku meninggalkan kamu kerana DIA. DIA yang aku cintai. “adam”ku andai antara kita sudah di takdirkan bersama olehNya. Siapalah aku untuk menentang  kehendakNya. “adam”ku yakinlah pada janjiNya. Kerana DIA tidak pernah memungkiri. Kerana aku bimbang jika kamu pilihanku tapi bukan pilihanNya. Sesungguhnya hidupku,matiku hanya milikNya. Jika kamu penerima kasihku, akan ku serahkan seluruh kasihku kepada kamu. Di saat itu usahlah kamu ragu dengan kasihku kerana ia untukmu sahaja.

“Adam” aku berharap pendirian kamu sama sepertiku takutkan nerakaNya lebih dari syurga duniaNya. Kamu bakal ketua keluarga samada denganku ataupun tidak yang pasti kamu adalah ketua. Usahlah kamu terlalu mengejar syurga duniaNya dan jangan pula kamu terlalu mengejar syurga akhiratNya. Bersederhanalah “adam”kerana kesederhanaan kamu telah memenuhi hatiku untuk terus mengasihi kamu. “adam” walau siapapun kamu. Bagaimanapun kamu setelah DIA yang ku cinta memilih kamu untuk menjadi pebimbing aku untuk terus dijalanNya, maka aku terima seadanya kamu sepertinya kamu dan tiada apa yang kamu perlu berubah untukku dan andai kamu ingin berubah berubahlah keranaNya bukan kerana ku.

“Adam” sabarlah dengan segala ujianNya. Andai kamu yakin aku milik kamu maka berdoalah mohonlah agar DIA meredhai kasih antara kita. “Adam” jangan pernah kamu lupa tentang syariatNya. Jangan pernah kamu mempermudahkan segala perintahNya.

Andai “adam” kamu dan aku bukan pilihanNya untuk bersama, jangan pernah ada wujudkan permusuhan antara kita, jangan pernah ada putus asa dalam kamus hidup kamu. Jika kita tidak bersama doaku masih mengiringi kamu kerana kamu punya sayangku, sayangku untuk keluargaku dan saudara seagamaku dan kamu adalah salah 1 darinya.

“Adam”jagalah solat kamu. Jagalah semua ibadah kamu kelak kamu akan temui kebahagiaan milikNya. “Adam”  aku bukan gadis yang hebat dan aku juga  bukan gadis yang sempurna hanya punya hati yang kelah ku serahkan kepada penciptaku.

“Adam”, kasarku ada sebabnya. Bengisku ada puncanya. Segala yang ku lakukan ada yang ku inginkan. Kasar ku kerana aku tidak mahu kaum kamu tergoda olehku bengisku kerana aku tidak mahu kalian terbuai dengan lunak suara dan ayu senyumku yan hanya untuk suamiku. Maafkan aku kerana aku tidak pernah mampu untuk membalas perasaan kamu kerana kamu bukan suamiku. Kasihku hanya untuk dia dan untuk kamu jika kamu suamiku. Maaf aku tidak mampu membalasnya sekarang selagi antara kita belum ada ikatan yang di restui olehNya.

Apa yang aku harapkan “ adam” kamu memahami pendirianku agar kamu tidak memfitnahku dan memburukkan ku hanya itu yang aku harapkan. Sungguh miskipun aku menyanyangi kamu tapi aku belum mampu mengasihani kamu kerana kamu bukan suamiku.

Fahami dan mengertilah aku “adam”. Aku adalah aku. Aku tidak sehebat serikandi-serikandi islam yang dijanjikan syurga olehNya tapi aku menjadikan mereka idolaku agar aku boleh mengiringi mereka kesana kelak. Insya’allah.

Sekian dulu “adam” moga kali ini kamu benar-benar mengerti akan aku. Maafkan aku “adam” moga kamu lebih bahagia dengan penjelasanku kini.

-Wassalam  -



A lot of love from : noriesya’z  <3



*p/s : abang adik tak nak kalau-kalau hubungan kita ini mengundang fitnah. Dalam agama kita tiada hubungan saudara angkat berlainan jantina. Adik harap abang faham kenapa adik lakukan semua ini. Adik pergi keranaNya selamat tinggal abang. Doa adik sentiasa mengiringi perjalanan hidup abang.

No comments:

Post a Comment