kecewa dan kekecewaan

setiap orang pasti pernah rasa kecewa
begitu juga aku
rasa kecewa ini lahir disebabkan oleh saudaraku sendiri

kecewa benar rasa apabila bondaku sering menitiskan air mata kerana dia
apalah dosa bondaku sehingga dia lakukan sedemikian

wahai kakandaku
mengapakah kamu terlalu kejam

tidakkah kamu sedar betapa ayah dan bonda amat merindui kamu
kakandaku
dibulan yang penuh berkat ini
pulanglah

doa ayah dan bonda tidak pernah putus untuk kamu

kakanda,
kami sentiasa menanti kepulangan kamu

tegakah kamu melihat air mata ayah dan bonda
sentiasa bergelinang mengenangkan kamu?

sudah tidak punya rasakah di hati kamu
sudah tertutupkah pintu kemaafan di hati kamu untuk kami?

besar benarkah dosa kami sehingga kamu seolah jijik memandang kami?
kakanda
ingatlah setiap apa kamu lakukan doa kami sentiasa bersama kamu

kakanda,
jika kamu ditimpa masalah kelak
kembalilah kepada kami
pintu rumah usang ini sentiasa terbuka untuk kamu

walau bagaimanapun keadaan kamu
kami tetap menerima kamu seadaanya kerana kamu saudara kami

ikatan kita ini tidak akan pernah terputus sehingga keakhirnya

kakandaku
ketahuilah kami amat merindui kamu

~wassalam~

a lot of love from : noriesya'z

* p/s : ya allah dengarlah doa kami kembalikanlah kakanda kami sesungguhnya ENGKAU lah mengetahui apa yang terbaik buat kami

*abang,sejauh ini adik melangkah di saat ini adik memerlukan abang tapi apalah daya upaya yang ada pada adik untuk melanggar syariatNya..maafkan adik.

No comments:

Post a Comment