Semoga awak bahagia..

Assalamualaikum..

Kesibukkan melanda menyebabkan aku terpaksa membekukan penulisanku di sini. Alhamdulillah,aku sekali lagi di beri peluang untuk mencoretkan sesuatu untuk bacaan kalian.

Kisahku mungkin sama seperti kisah insan lain yang ada pasang surutnya ujian dariNya. Jangan mengalah sahabat, Allah menguji kerana Dia rindukan kita. Teruskan berusaha insya'allah Dia pasti tunjukkan jalan keluarnya.

Itu yang sedang aku lakukan. Untuk melafazkan "sabarlah ini semua ujian" mudah memang mudah untuk menempuhnya? ia tidak semudah yang di sangka.

Baru-baru ini aku di uji dengan kehadiran seorang sahabat abangku, abang ingin kami berkenalan untuk kenal hati budi. Aku? setelah hampir 7 tahun aku menutup hati untuk mana-mana adam kali ini aku cuba untuk membukanya kembali. Berbekalkan petunjuk Illahi, kami mulakan perkenalan. Bagiku dia lelaki yang baik dan sangat hormatkan keluarga. Walaupun perkenalan kami hanya seketika,namun bersamanya aku merasakan seakan sudah mengenalinya di jangka waktu yang panjang. Dia sangat memahami. Namun, kami berakhir kerana bondanya tidak mahukan aku sebagai menantunya. Apalah daya upaya aku sebagai orang luar untuk melawan bondanya yang tetap menjadi syurganya. Dia berat untuk memilih aku atau bondanya. Aku meminta dia lupakan aku, jangan lupakan bondanya keranaku.

Sedih? ya memang sedih. Tapi aku percaya dengan janjiNya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Di awal perkenalan kami aku sudah bersedia dengan kemungkinan ini.

Bondaku juga masih mengharapkan dia sebagai menantunya. Aku? masih berserah dan pasrah atas segala kemungkinan. Pedih tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

Semoga dia bahagia. Hanya itu doaku.

Sekian

Wassalam.

(╥_╥)

No comments:

Post a Comment