lupa...

sesungguhnya..
aku adalah manusia itu..

manusia yang sering lupa
lupa yang dia tidak mungkin menjadi milikku

lupa aku hanya menggapai didalam kegelapan
lupa yang dia untuk semua

aku manusia itu
lupa yang dia tidak pernah memandang aku
lupa yang dia terlalu jauh untuk aku menunggu

dan aku juga lupa
aku dalam jutaan peminatnya
aku dalam ribuan yang ingin memilihnya sebagai teman hidupku

sungguh..
aku memang pelupa
lupa yang apa yang aku angankan ini sekadar angan-angan

jika suatu ketika Allah mentakdirkan dia untukku
ahh...
pasti itu sekadar ilusi

walau tiada yang mustahil bagiNya
tapi bagiku untuk memiliki dia

suatu yang mustahil

kini..
telah tiba masanya
untuk aku lupakan segalanya tentang dia

mungkin inilah yang terbaik
untuk ku tidak mengharapkan pada suatu yang bukan untukku

sudah pastinya dia sudah ada pilihannya
sudah pasti dia tidak pernah sedar kewujudanku

lalu untuk apalah aku menunggu lagi

ya kalau dulu aku lupa untuk melihat diriku
kini aku tidak pernah lupa untuk mengingatkan diriku

antara kami memang tidak ada jodohnya
dan aku kini tidak lagi lupa untuk memandang diriku

sesungguhnya antara kami ada jurang pemisahnya
walaupun mungkin ada persamaanya
tapi

kini aku tidak lupa yakinkan diriku
bahawa dia bukan untukku

walaupun dia hadir dalam lenaku
walaupun dia menyapa dalam sedarku

dan aku tidak mahu lupa lagi

* lupa...pelupa...terlupa *

mungkinkah ada hikmah disebaliknya?
akanku nantikan hikmah dariNya..

a lot of love : nooriesya'z

No comments:

Post a Comment