hidup dan kehidupan


Naluri dan kehidupan
Setiap manusia yang hidup di dunia ini pasti sering dibekalkan dengan naluri. Kita sering  dilindungi oleh naluri yang adakalanya melarang kita dari melakukan sesuatu atau sebagai penaik semangat kita.


Patah tumbuh hilang berganti. Percayakah kita dengan pepatah ini. Benar patah tumbuh hilang berganti tapi boleh ke yang tumbuh itu sama seperti yang patah.  Sudah semestinya tidak bukan. Dan apalah hak kita untuk membandingkan setiap orang yang pernah membuatkan kita tersenyum gembira. Setiap orang yang hadir dalam kehidupan kita pasti aka nada kekurangan dan kelemahan kerana Allah menjadikan setiap hambaNya tiada yang sempurna. Hanya DIA pemilik kesempunaan itu. Walaupun kita mungkin sekali sukar untuk memerima orang baru dalam kehidupan kita tapi pernah kita sedar orang baru itu telah mengubati hati kita yang telah terluka.


Mungkin saja bagi kita orang baru ini tidak seperti orang lama tapi sekurang-kurangnya mungkin orang baru ini tidak melukakan kita seperti orang lama bukan.


Adakala pepatah ini sungguh melukakan. Lebih-lebih lagi bila masa kita belum bertemu dengan dia mampu merawat luka hati kita. Ramai yang tertanya-tanya jika benar patah tumbuh hilang berganti bilakah akan tumbuhnya bialkah akan temui gantinya ramai diantara kita lupa Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik untuk setiap hambaNya jika DIA menjanjikan kita akan menemui insane yang lebih baik maka sabarlah kerana kita pasti akan menemuinya kerana Allah tidak perbah berdusta. Yakin lah dengan janji-janjiNya kerana janji dariNya tidak seperti janji hambanya yang sering memungkirinya.


 Adat orang sedang bersedih. Apa pun orang kata tidak suatu pun dipedulikan. Jika anda sedang sedih saya juga pernah sedih kerana saya juga manusia biasa yang dilahirkan dengan pelbagai perasaan seperti anda juga. Jika anda rasa kehilangan saya juga sedang merasainya. Tapi apa yang mampu saya lakukan?? Saya serahkan segalanya kepadaNya termasuk pilihan jodoh saya. Ramai diantara rakan saya bertanya kenapa saya memilih untuk serahkan semuanya kepada DIA .  Dan jawapan saya kerana DIA lebih mengetahui apa yang saya tidak ketahui. Benar bukan suatu yang mudah bagi saya untuk serahkan segalanya tapi, sebagai hambaNya saya yakin jodoh yang DIA hadirkan untuk saya adalah jodoh yang terbaik untuk kehidupan saya. Ada juga yang bertanya jika kamu ada pilihan hati dan pilihan hati kamu itu bukan jodoh kamu adakah kamu kecewa dan tetap memilih jodoh kamu untuk teruskan kehidupan ini?? Jawapan saya, ya saya tetap memilih jodoh saya berbanding pilihan hati saya. Kerana apa mungkin di dunia ini dia pilihan hati saya tapi dia bukan pilihan hati Allah untuk saya di akhirat kelak saya hanya mahukan keseimbangan dalam hidup sementara ini. Siapa tahu sebenarnya jodoh kita itu lebih baik dari pilihan hati kita. Hanya DIA yang lebih mengetahui. Kecewa? Sebagai manusia biasa sedah pastinya saya akan merasa kecewa lebih-lebih lagi bukan pilihan hati kita sebagai jodoh kita tapi kita kena redha dengan semua ini. DIA telah menjanjikan yang terbaik untuk kita sama ada cepat atau lambat kita hanya mampu bersabar.


Jika anda kurang semangat hari ini. Jika anda lemah hari ini kerana kehilangan dan perpisahan ingatlah sahabatku Allah tidak akan mendatangkan ujian jika DIA tahu hambanya itu mampu melaluinya. Mungkin kita rasa berat dan sakit yang kita alami itu orang lain tidak merasainya tapi penahkah kita ambik iktibar dari kesakitan dan kesusahan orang lain. Kesakitan para nabi kita sewaktu mahu menyebarkan agama Allah bagaimana kesulitan itu mereka lalui. Ya kita manusia biasa dan mereka insane terpilih tapi pernahkah kita sedar sedangkan insane terpilih itu di uji dengan ujian yang kita sendiri menitiskan air mata apabila mendengarkan kisah mereka lagikan pula kita hamba biasa sudah pastinya ada ujian yang hadir untuk menguji tahap keimanan kita yang cetek ini. Jika kita kini kehilangan orang yang kita sayang. Para nabi kita juga pernah kehilangan orang yang mereka sayang malah lebih dari itu juga mereka lalui. Sedang kan kita ujian yang kita lalui terlalu kecil berbandingan dengan mereka. Seperti kebiasaannya, kita selalu lupa semua itu. Bila kita ada masalah semua orang kita persalahkan dan kita lupa untuk muhasabah diri kita kenapa dan mengapa ujian itu diberi kepada kita. Ingat sahabatku Allah menyanyangi hambanya yang sabar dan taat...

sekian salam nuzul al-quran moga anda lebih tabah melalui kehidupan seharian ini..

wassalam..^_^

No comments:

Post a Comment