kU hAraP ciNta...

setiap insan
mengharapkan cinta
sama ada cinta dariNya
cinta akan keluarga
cinta akan teman dan taulan

dan tidak lari juga cinta kepada insan yang bergelar "adam" atau "hawa"
tiada manusia yang mahu bersendirian hingga ke akhirnya

semua diantara kita mengharapkan cinta yang jujur,ikhlas dan tulus
tiada siapa yang mahu ditipu dalam percintaan insan

wahai teman dan taulan
yakinlah dengan janjiNya

walaupun mungkin lewat tiba waktu dijanjikan
namun jangan pernah putus asa
DIA tidak pernah mungkiri janji-janjiNya

kita manusia biasa
adakala kita kurang sabar
untuk menanti janjiNya hadir

tapi kita juga sering lupa
DIA ingin memberikan kita yang terbaik
kerana itu,
DIA hadirkan lewat CINTA  itu

jika anda masih menharapkan cinta
percaya dan yakinlah cinta itu akan hadir bila tika waktunya akan tiba

jangan pernah menyesali dengan cinta yang pernah kecundang
anggapkan ia sebagai pengalaman
anggapkan ia sebagai ujian percintaan

yakin lah
Allah tidak akan hadirkan ujian itu
seandainya DIA tahu kamu tidak mampu untuk melaluinya

jika anda masih mencari cinta
begitu juga saya

kita sama-sama mencari cinta yang Allah hadirkan untuk kita
sabar lah
Allah pasti sudah menyediakan seseorang untuk kita
hanya DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita

sahabat-sahabatku

cintailah tuhanmu,nabimu,agamamu,keluargamu dan dirimu
kerna akan tiba juga cinta yang kamu harapkan

http://www.youtube.com/watch?v=MFyr9M8v2MU&NR=1


~wassalam~

No comments:

Post a Comment