KASIHMU AYAH DAN BONDA


Pandangan anda sebagai seorang putera/puteri kepada ayahda dan bonda anda. Sejauhmanakah anda menghargai pengorbanan mereka?. Mampukah anda membayar setiap keringat yang mereka titiskan untuk membesarkan anda?
Mungkin ramai diantara kita tidak sedar tentang hal ini. Adakah sudah terbalas jasa mereka kepada anda dengan member mereka wang setiap bulan?. Adakah anda pasti hanya itu yang mereka mahukan?. Tahukah anda bahawa warga emas ini perlukan layanan seperti kanak-kanak semula?. Tahukah anda warga emas ini memerlukan perhatian serta sokongan daripada anak-anak mereka?. Mungkin anda pernah terfikir ‘alah untuk apa aku bersusah menjaga orang tuaku sedangkan aku punya ramai adik-beradik yang lain boleh menjaga mereka’. Tapi pernahkah anda terfikir jika saudara-saudara anda itu terfikirkan hal yang sama dan siapakah yang akan membela nasib mereka?. Tegakah anda menghantar mereka ke pusat jagaan orang-orang tua sedangkan anda mampu untuk menjaga mereka?.
Bonda saya pernah memceritakan suatu kisah tentang perihal seorang anak semoga menjadi iktibar kepada kita semua. Kisahnya bermula begini, seorang ibu telah melahirkan seorang putera yang elok paras rupanya dan dia anak bongsu dalam keluarga tersebut. Hendak dijadikan cerita, putera ini bukan sekadar tampan malah bijak pula orangnya. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara dalam bidang kedoktoran seawal usia 16 tahun. Ibu mana yang tidak berbangga dengan kejayaan seorang anak yang dilahirkan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Baginya kejayaan anaknya ini akan membela nasibnya di hari tua. Setelah tamat pengajiannya di sana pemuda ini memilih untuk terus bekerja di sana. Si ibu ini masih mengharap kepulangan anak bongsunya. Tapi si anak? Tahukah dia tentang penantian itu. Dia hanya memikirkan kesibukan yang dialami tanpa mengerti perasaan ibu tua ini. Kisah ini belum berakhir, dan warga emas itu masih mengharap anaknya pulang walau wang sudah berjuta dikirimkan untuk si ibu namun berbaloikah?. Kisah ini menyentuh hati saya kerana saya jua seorang wanita saya juga akan berkahwin dan mempunyai anak itu semua impian setiap wanita bukan? Apakah yang anda rasa jika anak yang anda kandung selama 9 bulan 10 hari membesarkan dia bermula dengan kakinya sekecil 2 jari, tidak punya kesempatan untuk menjenguk anda walaupun seketika sedangkan anda tahu anak anda itu kembali ketanah air untuk bercuti namun tidak sampai ke rumah yang membesarkannya. Ibu tua itu mungkin tidak memaparkan kesedihan yang dirasai namun mengertilah duhai anak ibu tua itu menanti anda kembali. Adakah jika dia sudah di jemput oleh-Nya baru anda akan sedar yang ibu tua itu merindui anda?. Sewaktu itu,jika air mata darah sekalipun yang mengalir anda tidak akan mengembalikan ibu anda.
Kisah ini, peringatan untuk saya juga. Seandainya saya sudah berjaya kelak semoga Allah masih tetapkan hati saya untuk menghargai kedua orang tua saya. Bagi anda yang masih ada kesempatan untuk menghadiahkan perhatian dan kasih sayang anda kepada warga emas ini teruskan niat anda dan lakukan sebelum terlambat. Jika kita sering lihat maut dan ajal boleh berlaku dimana-mana tanpa tanda,maka mereka jua begitu. Saya berharap anda diluar sana masih punya kesempatan untuk menghargai warga emas ini. Kerana mereka sungguh bernilai. Bagi anda yang sudah tidak punya kesempatan lagi, salam ta’ziah saya hulurkan sebagai anak hadiahkanlah mereka bacaan kalamuallah agar roh-roh mereka dapat keberkatan daripada anak-anak soleh dan solehah seperti anda. Sekian saja pertemuaan kita kali ini.wassalam.

No comments:

Post a Comment