KANAK-KANAK DAN SEKOLAH

Kali ini ingin saya berkongsi dengan anda tentang alam persekolahan. Memang indah bukan? Segala kenangan dan pengalaman kita bermula di alam sekolah. Bagaimana anda di tahun satu? Menangiskah anda ketika melangkah masuk ke alam baru?. Saya agak teruja untuk mengetahui pengalaman anda.
Sekolah, apakah yang pandangan anda tentang sekolah? Bagaimanakah persekitaran sekolah anda? Tahukah anda persekitaran memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi anda?
Apakah pendapat anda tentang kanak-kanak? Bersetujukah anda jika anak anda menumpang seseorang yang dia kenali? Bagi saya, saya amat mencemburui jika anak saya menumpang orang lain. Hal ini kerana saya bimbang kemungkinan besar kes-kes penculikan kanak-kanak sekarang berpunca dari orang yang kanak-kanak itu sendiri kenal. Ini tidak mustahil bukan? Jika suatu ketika dahulu kita tidak membenarkan anak-anak kita mengikut orang yang tidak dikenali tapi bagaimana dengan orang dikenali? Tidakkah bahaya juga? Mungkin kita para ibu bapa adakalanya sibuk bekerja hingga lupa akan keselamatan anak-anak tapi anda jangan lupa, anak itu amanah dari Allah jika anda tidak menjaga amanah itu ibu bapa apakah anda?
Saya sedar di era ini ramai ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik anak sepenuhnya di bawah tanggungjawab para guru. Alasan yang diberikan ‘saya sibuklah cikgu,cikgukan dah ajar anak saya takkan saya nak ajar pula’. Saya harap anda diluar sana bukan ibu bapa seperti ini. Tanggungjawab mendidik anak-anak ini adalah tanggungjawab bersama. Bagi memastikan generasi ini membesar dengan baik dan cemerlang adalah di dibawah tanggjawab kita, sama-samalah kita menjaga amanah dariNya.
Sekian kita bertemu kembali di lain masa. wassalam

No comments:

Post a Comment