TERLUKA LAGI

mengenali dirinya membuatkan aku gembira..

               bersahabat dengan dirinya membuatkan aku rasa dihargai

bersama dirinya...

              aku menemui sinar bahagia

tapi mengapa dia jua yang melukakan...

              mengapa dia jua menghancurkan...

disaat aku melalui hari-hari yang indah

             dia melarikan diri kerana perubahanku

salahkah aku menjaga maruahku

            mengapa dia pergi?

hinakah mengenali gadis kampung sepertiku?

           aku rindukan dia

aku tahu hati ini menyanyanginya

seandainya ini pilihan dia

           aku akan pergi...

pergi tanpa mencarinya lagi...

          aku akan hadir pada yang sudi...

mencari pada yang pasti...

         kiranya hatimu mudah berubah..

usah ditabur harapan padaku yang ketandusan...

         usah disirami aku dengan sokongan dan doronganmu...

biarkan aku terjatuh...

         agar aku sedar diriku...

usah kau merantai aku dengan lembayung perhatianmu

         biarkan aku bebas menjadi diriku...

usah perhatikan aku...
usah menyokongku...
usah hadir di hadapanku...
pergilah kamu agar aku mampu kembali sebagai aku..

No comments:

Post a Comment