My career

assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua,

kesibukan yang membataskan ruang untuk memaparkan penulisan di sini. Semua orang akan merasakan kesibukkan di awal-awal tahun ini bukan, bagi yang baru mula berkerjaya sibuk dengan pengurusan kewangan dan kestabilan di tempat baru, bagi yang sudah 'senior' sibuk pula memikirkan strategi terbaik untuk memantapkan kerjaya. Tidak kira di bidang apapun kita baik penjawat awam mahupun swasta kita semua merasakan kesakitan di awal tahun. Bagi pelajar, mana yang baru mendapat tempat di pusat-pusat pendidikan tahniah diucapkan, jangan lupa mana asal kita ya adik-adik, jangan terlalu teruja dengan keadaan baru yang baru dilalui, hati-hati dalam setiap pergerakkan. Bagi pelajar 'senior' jangan lupa untuk jaga 'pointer' semester anda, jangan terlalu teruja dengan watak 'senior' ya.

Di awal tahun ini,cabaran untuk seorang pendidik tidak kurang hebatnya. Tangisan anak-anak kecil tidak mahu berpisah dengan ibubapa membuatkan saya lebih teruja untuk mendidik mereka. Semangat ibubapa untuk melihat perkembangan anak-anak mereka benar-benar membangkitkan semangat saya untuk terus bersama mereka mendidik khalifah-khalifah kecil ini. miskipun berbeza agama dan bangsa itu tidak membataskan saya untuk mencurahkan kasih sayang dan didikan serta bimbingan untuk mereka.

'FROM ZERO BECOME HERO' itu prinsip yang saya bawakan di dalam kelas saya. bermula dengan tidak mengenali dunia lain selain ibubapa mereka mulai mengenali dunia sekolah,guru dan rakan-rakan. jika mata ini mampu merakam setiap perubahan mereka dan boleh dilayar semula untuk tontonan ibubapa sudah pasti saya akan lakukan untuk kami sama-sama melihat perkembangan mereka.

seawal 3 tahun sudah dimasukkan ke sekolah pada awal penglibatan saya di alam ini, sungguh saya amat kasihankan anak-anak ini dunia mereka sibuk dengan pembelajaran. tapi bila mengenangkan dunia yang penuh persaingan kini, mahu atau tidak mereka perlu didedahkan dunia luar sejak kecil lagi,dan tanggungjawab ibubapa semakin besar untuk memantau keadaan perkembangan anak-anak kecil ini.

sebesar mana tanggungjawab seorang guru, besar lagi tanggungjawab ibubapa, Anda orang pertama yang mereka kenal, yang lupa tentang itu wahai ibubapa. Anda boleh meminta bantuan guru atau pengasuh tapi jangan terlalu mengharapkan tanggungjawab itu sudah berpindah tangan.

mereka anak anda, didik mereka, berikan mereka perhatian yang sepatutnya.jangan biarkan mereka merasakan pengasuh adan guru adalah ibubapa mereka.

sampai sini dulu penulisan saya, Assalamualaikum

"perkembangan mereka,tanggungjawab bersama"


No comments:

Post a Comment