SETELAH SEKIAN LAMA

setelah sekian lama menyepikan diri

malah bukan jua niatku untuk meninggalkan bidang penulisan ini

kesibukan ku sebagai usahawan membataskan waktu-waktuku di hadapan kesayanganku ini...

setah berakhirnya bidang pengajianku di peringkat diploma aku ditawarkan berkerja sebagai guru tadika di sebuah tadika swasta di area kuala lumpur..

sungguh aku bersyukur dengan rezeki yang DIA berikan..

namun jodohku hanya seketika dengan anak2 itu..aku memutuskan untuk berhenti kerja untuk membantu perniagaan keluarga..

benar,diawal penglibatanku dalam bidang perniagaan ini sedikit sebanyak jauh disudut hatiku ada kesal yang menyapa ada rindu yang membukit dalam pendidikan..

namun aku sedar dalam setiap kejayaan pasti adanya pengorbanan

dan setelah hampir 4 bulan aku meninggalkan dunia pendidikanku..rezekiku di bidang pembuatan dan bakery ini membuahkan hasil sungguhpun belum untuk pulangan modal sekurang2nya perniagaanku ini sudah mendapat menarik perhatian ramai..

alhamdulillah aku bersyukur kepadaNya kerana mengurniakan aku semua ini semoga rezeki yang aku peroleh ini diberkatiNya..

di akan datang kelak..banyak progam yang bakal dianjurkan oleh perniagaanku antaranya : - KELAS MASAKAN KANAK2,KELAS MASAKAN DAN PEMBUATAN KEK REMAJA DAN DEWASA,KELAS ART N CRAFT KANAK2 DAN DEWASA DLL

kini doaku hanya satu semoga ALLAH mengizinkan segalanya berlaku dan memberikan aku peluang untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kedua ibu bapaku

soal jodoh @ teman pelengkapku, sejujurnya aku belum bersedia untuk semua itu..fokusku pada keluarga dan kerjayaku

tapi andai saja ALLAH mentakdirkan aku akan menemui seseorang yang bakal melengakapi hidupku..INSYA'ALLAH akan aku terima dia seadanya.

semoga ALLAH memperkenalkan kepadaku seseorang yang terbaik dimataNya bukan terbaik dimataku

semoga kita bertemu lagi dimasa2 akan datang...