dunia practikum ku minggu-3

pendidik dan pendidikan
suatu kata yang punya perbezaan

pendidik
insan yang mencurahkan ilmu dari pelbagai cara sama ada formal atau tidak

pendidikan
ilmu yang diperoleh untuk meneruskan kehidupan

tanpa pendidik tiadalah pendidikan
percaya dengan kata ini?

pendidik bukan semestinya dia seorang guru
pendidik juga bukan semestinya dia seorang yang punya tahap pendidikan yang tinggi

pendidik juga boleh jadi hanya tukang sapu
mungkin juga tukang cuci
tapi
pengalaman yang banyak itu membolehkan dia memberikan pendidikan kepada orang lain

keliru?
pendidik bukan semestinya mengusung lembaran kerja atau latih tubi
pendidik juga boleh di hargai dengan cerita yang mampu dijadikan iktibar

semua diantara kita adalah pendidik tanpa kita sedar
ibu ayah datuk nenek adik abang kakak dan semuanya adalah pendidik

pendidikan
ilmu yang hadir dari pelbagai arah

mungkin kita tidak sedar yang kita sedang mendidik
contoh
kita meminta adik kecil kita mencuci tangan sebelum makan
adakah itu bukan satu didikan?

kita selalu tak perasankan bila kita mencurahkan ilmu
itulah pendidik yang ikhlas
kita tidak menharapkan balasan
kita tak mengharapkan bayaran
hanya mengharapkan didoakan
saham kita di akhirat

tapi
barapa ramai pendidik sekarang mengharapkan "saham akhirat" semata-mata?
dan berapa ramai diantara warga pendidik kita yang hanya melepaskan batuk ditangga?

lupakah kita bijak dan pandai kita hari ini dari berkat didikan iklas dari pendidik
mengapa kita para pendidik kini lebih gemar menunjuk-nunjuk didikan dan pendidikan yang diberi?

letih melihat dengan warga pendidik yang sebegini
sering kali memperendahkan pelajarnya sendiri
bukankah kita yang memdidiknya
mengapa perlu ada perbandingan antara mereka
lupakah kita bahawa setiap manusia punya kelebihan yang tersendiri?

lupakah kita untuk menghargai ciptaanNya?
wahai warga pendidik sekalian
ikhlaskan lah hatimu dalam menberi ilmu kerana ilmu itu bukan milik kita

semuanya adalah pinjaman semata-mata

sahabatku
sederhanalah
ikhlaskan dirimu dalam memcurahakan ilmu..

* p/s : kawan-kawan ada idea untuk senam aerobik x????
" pakcik " kekalkan beginilah hubungan kita begini ya...kerana "cikgu" suka.... :)))

hari ini kisahku terpesong dari dunia praktikal ku
hari ini 17 sept 2011
hari lahir seseorang yang pernah duduk dihatiku
hingga kini

pertemuan pertama kami setelah hampir 7 tahun kami tidak bertemu
teruja...
itu yang aku rasa

sangat-sangat teruja..
berbagai2 halangan yang harus aku tempuhi untuk bertemu dengan dia

tapi baginya bagai tiada makna
hanya aku mengharapkan pertemuan ini hanya aku yg gembira dan teruja

sungguh aku terluka dengan pertemua ini
seandainya aku tahu aku akan seluka sebegini
tiadak akan aku menantinya selama itu

mungkin silap aku
mengharapkan dia sama seperti aku

cukuplah untuk setakat ini aku menantinya
hanya sampai sini aku mengasihi dia
cukup sampai sini

akanku bulatkan tekad untuk melupakan dia
dia bukan siapa2
selamat tinggal...

*p/s : kenapa allah uji aku untuk bertemu dengan 'adam' yang sebegini
tarik tali bukan suatu permainan yang seronok..

sorry i'm not in good mood today...

practikum day 1


Mengajar dan belajar
Menjadi salah seorang guru practical bukanlah suatu cabaran yang mudah. Pada hari pertama kami seawal  7 pagi kami sudah melapor diri. Gemuruh , teruja dan pelbagai rasa bergabung menjadi satu rasa yang tidak diketahui.
Bimbang dengan penerimaan pihak pentadbiran. Alhamdulliah, di peringkat pentadbiran kami diterima dengan baik sekali. Ini menambahkan keyakinan kami untuk meneruskan perjuangan kami di sini hingga ke akhirnya. 
Hari pertama, perkara pertama yang perlu kami tempuhi adalah perhimpunan rasmi sekolah yang di tetapkan pada setiap sekolah. Rasa gemuruh kembali lagi bila masa kami di perkenalkan dikhayalak umum.  Senyuman kami entah apalah rupanya bila dihadapan itu. Kami melalui rakan-rakan guru yang seolah memandang jelek kearah kami. Entah apalah salah kami pada mereka. Sedih itu yang kami rasa. Cuba untuk terima sebagai salam perkenalan dari mereka tapi entah la. Di awal ini terasa ingin berputus asa untuk teruskan pencarian. Tapi apabila terlihatkan semangat rakan seperjuangan, semangatku kembali pulih. Aku ditempatkan di kelas yang dipenghunikan kanak-kanak yang pasif dan manja. Aku kalut seketika bagaimana agaknya untukku kawal kelas ini kelak.
Sesudah kami mengetahui kami kembali semula ke sekolah rendah. Untuk pengetahuan kalian banggunan pra sekolah terletak jauh dari banggunan induk kami terpaksa melalui padabg sekolah sebelum sampai di banggunan tunggal pra sekolah. Sadis bagi kami yang bertumit tinggi dan runcing.
Namun apa pun yang berlaku hari kami berlalu dengan jayanya. Esok kami akan memasang tekad untuk menempuhi segala rintangan dan cabaran sebagai pendidik kerana kami yakin dengan didikan ikhlas kami mampu memjadikan seorang kanak-kanak kepada seorang doctor, peguam dan juga bakal pendidik juga.
Sekian sahaja untuk entri kali ini. Salam manis tanpa gula salam sayang menerusi coretan. Moga ia member hikmah kepada kalian.
*p/s : abang terima kasih diatas masa dan motivasi. Adik amat hargainya.
* kawan-kawan, jangan pernah sekalipun memandang rendah kepada profesion guru pra sekolah tanpa mereka anda akan buta huruf.

Duniaku praktikumku

Perjalanan pengajianku diteruskan lagi dengan cabaran yang lebih mencabar. Ya semester ini kami akan menjalani praktikum setelah 6 semester dalam pengajian melalui teori kini telah tiba masanya kami mempraktikkan apa yang telah kami pelajari. Benar melalui hari-hari menghampiri praktikum membuatkan tidur kami tidak lena, bermacam persoalan yang berada dibenak fikiran kami. Ah, rungsingnya adakah setiap yang melaluinya akan merasakan seperti kami?. Aku bersama 3 rakan lainnya akan menjalani practicum di SK LEMBAH KERAMAT. Mereka adalah JAMZYFARIZA,FARIHIN DAN HAJARAH. Bagaimanalah agaknya keadaakan kami kelak?. Gementar itu yang kami rasa kami akan meroka dunia yang baru dunia separa pekerjaan.

Hari ini aku berada dirumah sahabatku FARIHIN kami akan berada disini selama kami praktikum. Ayah dan bondanya terlalu baik. Hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka.  Debaran kian terasa untuk menantikan hari esok hari pertama menjejakkan kaki dunia praktikum entah bagaimanalah situasinya.  Kami bimbang dengan penerimaan pihak sekolah. Hanya kepadaNya kami memohon moga dipermudahkan segala urusan kami sepanjang kami berada disana. Oh tuhan bantulah kami melauinya dengan baik dan cemerlang.

Dunia practicum kami baru bermula. Akan kami kongsikan segalanya disini kelak moga menjadi panduan bagi rakan kenalan yang bakal practicum seperti kami. Oh sebelum itu kami practicum di bawah prasekolah bukan sekolah rendah tau J. Bagi bakal-bakal guru prasekolah moga perkongsian kami dalam dunia practical ini mampu memberikan kalian idea-idea untuk mengajar kelak nantikan slot seterusnya ya.



Sekian sahaja coretan kami. Salam manis tanpa gula, salam sayang menerusi coretan semoga kita dapat berkongsi lagi dimasa akan datang.



*p/s:  abang kesibukan abang membuatkan adik cemburu dengan masa abang. Bodohkan? Tapi itu yang adik rasa adakala adik terlupa adik sekadar adik dan abang hanya abang doakan kebahagian adik dan doakan hati adik terbuka untuk dia yang benar-benar mampu menjaga adik kelak kejalanNya.

* jiwa serabut memikirkan hari esok. Seawal 7 pagi kami akan lapor diri. Ya Allah pimpinlah kami kejalanMu izinkan kami mendidik anak-anak bangsa kami dengan hati yang penuh sabar dan tabah kerana kami sedar dunia mengajaran tidak semudah yang orang lain pandang. Tabahkan lah Ya Allah.

AkU hanya PeminatnYa


assalamualaikum semua...
korang mesti pelikkan kenape tetibe gambar mamat ni muncul kat blog aku kali nih...

jangan pelik...
korang memang tak salah blog..
cuma tajuk kali nih ada kaitan dengan mamat ni..

korang mesti kenal dia kan??
dia la EN.MUHAMMAD HAFIZ BIN HAMIDUN

bersempena dengan tajuk kali nih..
dalam ramai-ramai orang yang aku jumpa di mata aku..

aku minat kat dia...

opsss jangan fikr lain aaaa~
just minat ok..
peminat...

tapi kalu dia pun minat aku apa salahnya
opss gatal sudah aku hihihi~

isyh just angan-angan yang tak mungkin aku dapat hihihi~
orang ada cakap
tak salah kalu kita berangan pun bukan kena bayar pun
so..
aku pun paraktikkan la hihihi~

tapi aku pun selalu ingatkan diri sendiri
jangan terlalu berangan
takut nanti diri yang sakit..

tapi..
entahla ya...

aku nih minat dia kadang-kadang terasa dah sampai tahap obses
tapi x de la sampai kat ane dia ada aku nak ada

cuma just rasa macam nak jadi hak dia jerk
bunyi macam terdesak je kan hihihi~

kadang-kadang la..
ala lagipun dia bukan kenal aku pun..

so..

suka hati aku la nak berangan apa kan

yih...tersasar jauh sudah nih..
erm korang pun mesti ada seseorang yang korang minat kan??

bila kita pandang orang yang kita minat..
bila kita tau ada yang sakitkan dia

mesti kadang-kadang tu kita rasa sakit kan..
ala nama pun minat

bukum tentu lagi kita dapat kan??
belum tentu si dia tu tau yang kita ni minat kat dia

hihihi~
tapi apa pun itulah indahnya perasaan

Allah hadiahkan kita bermacam-macam rasa

rasa kasih,suka,minat,rindu,cinta,benci,dendam.meluat ,meyampah
dam pelbagai rasa lain..

cuba bayangkan jika hidup tanpa perasaan
seperti "robot" contohnya??

hanya melakukan rutin.
kawan-kawan hargailah setiap rasa yang kita ada

mungkin adakala kita rasa mustahil dengan apa yang kita rasa
tapi

kita tak tau apa yang Allah dah aturkan untuk kita kelak
berharaplah pada DIA

jangan pernah sesekali berharap pada MAHLUK
mereka sama seperti kita

biarlah rasa hadir dengan sendiri tanpa paksa
kerana
rasa itu lebih indah bilqa kta tahu untuk menghargainya

okeylah sekian dulu untuk post kali ini

" capailah cita-citamu setinggi kejora di dada langit,
rendahkanlah hatimu serendah mutiara di dasar laut "

salam manis tanpa gula salam sayang menerusi blog
(^_^)V

wassalam

*p/s : thankz abang sebab kembali dan wat adik senyum selalu..
ingt kawan-kawan bersederhanalah dalam setiap rasa yang indah ini jangan biarkan nafsu menguasai perasaan kita..^_^V